PUTUS SUSU

Saya nak tanya ibu2. Normal ke anak yang baru putus susu akan jauh dari ibu dia? Anak saya umur 3 tahun dah 2 minggu putus susu. Sepanjang tempoh tu, dia banyak bermain dengan nenek dia dari ibu dia sendiri. Kadang, lebih dengar kata nenek dia dari ibu. Saya tak tahu mana silap saya sebagai ibu. Kadang saya terasa sangat dengan sikap dia. Tapi masih berfikir positive. Mungkin juga disebab emosi saya sedang tak stabil waktu ni mungkin? Saya masih dalam pantang lepas operation kandungan luar rahim baru ni. Mintak kata semangat dan pendapat ibu - ibu boleh? 😢

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Emosi puan. Sbb kita dah biasa attachment breastfeeding tu..biasalah kita akan over sensitive bila attachment tu dah hilang. Mungkin juga itu salah satu cope mechanism untuk anak adapt situasi ini. Jgn pndang rendah pada anak, diorg bijak tau.. lagi satu puan sabar ye..anak bukan tak dengar cakap kita, tak mungkin. Kebetulan aja kot masa tu, dan kebetulan juga puan tengah emosi. Jadi layan seperti biasa, peluk cium supaya tak terasa sgt gap attachment semasa menyusu dan tak menyusu. Dan lagi satu sentiasa explain kenapa kena putus susu..mereka akan faham.

Baca lagi