Tidak pernah makan asid folic

Hi saya nak tanya ada ke ibu2 yang mengandung tapi tak pernah makan asid folic? Adakah anak yg dilahirkan sihat dan normal? #pleasehelp #ingintahu

16 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

bukan nak takut kan awak boleh cuba baca perkongsian dr page fb doctor imelda balchin pakar o&g. Anencephaly. Dua kali terkejut !! Otaknya sudah hancur di dalam kandungan ibunya tanpa perlindungan tempurung kepala yang tidak terbentuk. Berat hati saya setiap kali menyampaikan berita kepada ibubapa yang janin di dalam kandungan mempunyai kecacatan yang membawa maut. Tapi, memang berat lagi badan yang memikul. Macam tidak percaya bila kita lihat ada kecacatan yang seteruk ini. Janin ini akan terus membesar dan terus hidup di dalam kandungan, sebab ia menerima oxygen dan zat daripada uri ibunya sehingga bersalin. Selepas bersalin, tali pusatnya dipotong, dan sudah tiada lagi oxygen diterima daripada ibunya. Bayi ini akan meninggal dunia selepas bersalin sebab tidak mempunyai otak untuk mengawal pernafasannya dan tidak akan bernafas sendiri. Ada empat punca mengapa tempurung kepalanya tiada, dan tidak pernah terbentuk dari awal hayatnya. 1. Tahap gula di dalam darah ibu yang tinggi (penyakit kencing manis) tidak terkawal, pada waktu permulaan kehamilan. 2. Obesiti. Satu masalah metabolisma yang walaupun ibu tidak ada diabetes, meningkatkan risiko mendapat janin yang ada kecacatan ini. 3. Kekurangan zat 'folate', sejenis vitamin yang didapati dari folic acid, pada waktu permulaan kehamilan. Walaupun ibu boleh mendapat vitamin folate dari sayuran hijau, pengambilan supplemen folic acid lebih berkesan mengurangkan risiko kecacatan ini jika dibandingkan dengan memakan lebih sayur-sayuran hijau kerana vitamin folate ini terlalu senang dimusnahkan bila sayuran dimasak. 4. Kadang-kadang masalah di alam sekitar (environmental) yang tidak dapat dikesan. Selalunya saya memberi nasihat kepada ibu yang sihat bagaimana mengelakkan kejadian ini. Ambil lah folic acid supplemen setiap hari selama 3 bulan sebelum hamil, dan teruskan folic acid bila hamil untuk tiga bulan yang pertama. Jika anda membuat hubungan kelamin suami isteri tanpa menggunakan kaedah merancang keluarga, sila lah ambil folic acid setiap hari, sebab anda tidak boleh meramalkan bila masanya anda akan hamil. Tapi zaman sekarang, obesiti dan penyakit kencing manis lebih berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia, akibat kandungan gula yang tinggi dalam permakanan, memakan berlebihan dan kurang bersenam. Setiap kali saya melihat kecacatan anencephaly ini melalui Ultrasound scan, saya akan terus membuat ujian darah ibu untuk mengenalpasti jika ibu juga ada diabetes yang tidak diketahuinya sebelum mengandung. Saya dapati kebanyakan ibu-ibu ini sudah pun ada penyakit kencing manis sebelum hamil lagi, tanpa pengetahuannya. Inilah yang dinamakan undiagnosed diabetes. Sudah ada type 2 diabetes, tetapi tidak mengetahuinya sehingga sudah hamil dan terjumpa kecacatan janin. Ibu ini tidak ada peluang mengawal gula sebelum persenyawaan janin ini sebab tidak tahu ada Diabetes. DUA KALI TERKEJUT. Pertama, bila mendapat tahu tentang kecacatan janinnya. Kedua, bila mendapat tahu tentang penyakit kencing manis (type 2 diabetes). Bila ditanya adakah pernah mendapat kencing manis semasa kehamilan yang lepas (gestational diabetes), mereka semua menjawab "Ya doctor, dulu saya pernah ada penyakit kencing manis semasa hamil" Bila ditanya lagi, 6 minggu selepas bersalin, ada tak berjumpa doktor semula untuk memastikan penyakit kencing manis semasa hamil (gestational Diabetes atau GDM) ni sudah betul-betul pulih, dan adakan anda pastikan paras gula di dalam darah di tahap yang normal setiap tahun, sebelum hamil semula? Jawapannya semua sama saja, "Tidak doktor" Setiap wanita yang pernah ada GDM, digalakkan membuat ujian minum air gula setelah berpuasa iaitu OGTT, 6 minggu selepas bersalin, dan kemudiannya ulang setiap tahun. Sekurang-kurangnya buatlah ujian darah HbA1c setiap tahun. Sebabnya ialah risiko anda mendapat Diabetes type 2 ialah 50% dalam masa 5 tahun. Ini bermakna dalam 100 wanita yang pernah mendapat GDM semasa hamil, 50 orang akan mendapat Type 2 Diabetes dalam tempoh 5 tahun. Jika anda pernah dapat GDM, ini ialah satu amaran, satu peluang kedua untuk mengubah gaya hidup anda kepada gaya hidup sihat dan cergas supaya boleh mencegah Diabetes type 2. Anda juga diberi kan peluang mengawal diabetes jika mengetahui anda sudah ada Diabetes sebelum anda hamil untuk mengurangkan risiko anak anda mendapat kecacatan ini. Kesihatan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Kesihatan dan masa hadapan anak-anak kita juga tanggungjawab kita, dan tanggungjawab ini bermula dari sebelum hamil lagi. Jika anda mempunyai penyakit kencing manis (type 1 atau type 2 diabetes), elakkan kehamilan dengan menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, sehingga penyakit kencing manis anda terkawal, seelok-eloknya kurangkan bacaan HbA1C ke tahap kurang dari 6.5% dan ambil lah folic acid yang lebih tinggi lagi, iaitu 5mg sekali sehari, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Jika anda ada masalah obesiti, anda juga perlukan folic acid yang lebih tinggi, 5mg sehari, sebelum hamil dan pada 3 bulan pertama kehamilan, tetapi apa yang terbaik ialah kurangkan berat badan anda supaya tidak obese sebelum hamil. Insyallah, kita boleh mengelakkan anencephaly dan kecacatan janin yang lain disebabkan penyakit kencing manis dan obesiti. Allah menentukan, tetapi kita boleh cuba merancang dan berusaha. Dan ilmu itu sudah diberikan. Kalau boleh, kurangkanlah benda yang bagi kita terkejut-terkejut ni dalam menempuhi cabaran hidup kita. -------------------------------------------------- Ini gambar dari internet. Tak sampai hati nak tunjuk gambar arwah patient saya, walaupun sudah diberikan kebenaran dari ibubapanya untuk tujuan pendidikan am. Tambahan: Kajian perubatan juga menunjukkan yang pengambilan folic acid oleh ibu hamil juga berkesan mengurangkan autism di kalangan anak-anak. Bagi wanita yang bertahun-tahun mencuba dan masih belum lagi hamil, kajian menunjukkan tidak ada masalah kesihatan bagi wanita-wanita yang mengambil folic acid bertahun-tahun selagi tidak melebihi dos yang disarankan. Dos yang disarankan ialah di antara 0.4mg sehingga 1mg sehari, tetapi dos yang lebih tinggi sebanyak 5mg sehari disarankan untuk wanita yang ada Diabetes atau ada obesiti atau pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD. Dr Imelda Balchin, Pakar Perunding Maternal dan Fetal Medicine.

Baca lagi
2y ago

follow page fb doctor imeda balchin pakar o&g. awak akan dapat byk info. doctor byk share.

Kajian terbaru mengenai kelebihan supplemen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil. Folic acid sebagai supplemen tambahan kepada makanan seimbang disarankan kepada semua wanita yang ingin hamil dan pengambilan diteruskan selama tiga bulan pertama kehamilan. Folic acid TIDAK membantu meningkatkan kesuburan anda. Terlalu ramai bertanya tentang ini. Ini bukanlah ubat cepat hamil. Folic acid yang mencukupi diperlukan dalam pembentukan tulang tengkorak dan tulang belakang janin yang melindungi otak dan saraf tunjang. Kebanyakan wanita tidak boleh mendapat cukup folic acid dari pemakanan yang seimbang. Tujuan pengambilan tambahan supplemen folic acid ialah untuk mencegah kecacatan kepada otak dan saraf tunjang janin yang mula terbentuk pada awal kehamilan. Tambahan supplemen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil telah terbukti mengurangkan kecacatan neural tube defect ini sebanyak 70% kepada anak. Sebab inilah 81 negara di seluruh dunia telah mewajibkan hanya penjualan gandum dan bijiran yang telah diperkayakan dengan supplemen folic acid, supaya wanita yang tidak merancang kehamilan, atau terhamil, masih boleh mendapat folic acid daripada pemakanan sebelum dan semasa hamil. Kemudian kajian perubatan ke atas satu juta ibu hamil membuktikan bahawa tambahan supplemen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil juga mengurangkan risiko anak mendapat autism spectrum disorders (ASD) sebanyak 20%. Sekarang maklumat terbaru menunjukkan tambahan folic acid sebelum hamil dan semasa hamil juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit mental di kalangan kanak-kanak dan remaja. Kajian MRI otak menunjukkan anak-anak kepada ibu yang mendapat folic acid melalui gandum yang telah diperkayakan, sebelum dan semasa hamil, mempunyai otak cortical yang lebih tebal jika dibandingkan dengan anak-anak kepada ibu yang tidak mendapat kelebihan folic acid. Di Malaysia, belum ada lagi undang-undang yang mewajibkan hanya penjualan gandum dan bijiran yang diperkayakan dengan folic acid. Kajian di Malaysia menunjukkan 85 dalam 100 wanita tidak mempunyai kandungan folate yang mencukupi di dalam ujian darah mereka. Maka wanita Malaysia hendaklah mengambil lebih tanggungjawab diri sendiri untuk membeli supplemen folic acid jika anda tidak menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, atau jika anda sedang berusaha menjadi hamil. Dos yang anda perlukan hanyalah sekurang-kurangnya 400 microgram atau 0.4mg sehari, dan tidak melebihi 5mg sehari. Jika hamil, teruskanlah pengambilan supplemen folic acid ini sekurang-kurangnya pada tiga bulan pertama (12 minggu) kehamilan. Anda boleh beli supplemen folic acid sendiri di farmasi, tak payah tunggu doktor bagi di klinik, sebab temujanji klinik mengandung selepas 12 minggu sudah terlambat. Folic acid ialah satu jenis supplemen, ini bukanlah ubat. Brand tidak penting, tak payah beli yang mahal. Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetric & Gynaecology Subspecialist Maternal & Fetal Medicine University Malaya

Baca lagi

Makan atau tak, tak menjamin anak kita kluar sihat. Tapi setidaknye, mencegah. Kajian dah bagitau knape kita kne makan folic acid. Klinik sndiri akan suruh kita makan folic acid dan tiada halangan utk tak makan. Kalau kurang segi kewangan mintak je dkat kerajaan. Takperlu bayar pun. Zaman skrg tak mcm dulu. Zaman dulu org tak kenal fastfood, kentang goreng, nugget, sosej. Zaman skrg sosej pun org boleh masak sambal. Pemakanan skrg jauh beza dgn dulu. Zaman skrg terlampau ramai org lebih berat badan, kolestrol tinggi, tuh baru perempuan. Lelaki camne pemakanan dia?? Sebabtuh kita kena makan folic acid utk mencegah. Dan sebabtuh juga suami isteri perlu makan folic acid. Ada sebabnye

Baca lagi
2y ago

Betul. Kita usaha je. Selain tuh serah je. Folic acid, obimin, kat klinik pun kita dah dpat. Takperlu beli dah. Kalau beli pun tak mahal mana pun brand hovid tuh 100biji ada. Sesetengah org mmg ada pemikiran dulu dulu org tak makan pun anak semua sihat. Tapi tulah kita boleh terangkan je. Pilihan terpulang lahh 😂

dulu sebulan before kahwin, sy pernah gi klinik utk dptkn nasihat doc sama ada perlu ke tak sy consume folic acid siap2 before nikah sbb x plan nak merancang pun. klau merancang pun naturally je. pastu doc ckp xyah consume dulu pun xpe if baru first pregnancy n tubuh badan sihat je. so this year sy start conceive n then positive pregnant bulan 6 aritu baru sy start consume. cuma doc ade pesan, nnt dh 2nd pregnancy nak start planning mengandung lg, mmg kena ambik dh folic acid 3 bulan sebelum sbb kebanyakan nutrient dh pergi masa kandungan first, plus usia bertambah so dh digalakkan ambik.

Baca lagi

Setiap langkah yg diambil semua ada risiko sbb tu lahirnya org² berilmu utk buat kajian.. bg kesinambungan kehidupan kita yg lebih baik. Kalau diri confident sgt mmg ambil mknn yg sihat, tinggi folic acid dari sumber semulajadi yg tanam sendiri xpakai racun tu apa semua boleh la dipersilakan xmkn ubat yg disarankan oleh doktor.. tp ingt.. apa² jadi sila tanggung sendiri, tlg jgn jd beban kpd sesiapa akibat kedegilan kita sndri.. bg sy mencegah itu lebih baik dari merawat.. sbb xsanggup tgk perkara yg x diingi terjadi pd org yg kita syg..

Baca lagi
TapFluencer

apa yg org lain alami takkan sama dgn anda. anak org sihat comel sempurna, anak anda belum tentu lg. kita diharuskan berjaga2 & mencegah. makan folic acid adalah salah satu cara pencegahan penyakit2 yg bakal baby anda alami. org zaman dulu tak makan folic acid sbb masa tu takda/kurang pendedahan. org zaman dulu pun tak makan mcm kita, mereka jaga pemakanan.

Baca lagi
2y ago

saya setuju yg ini

apa yg bolh dijwb atas ptanyaan adalah ikut nasihat DR, rata2 ibu2 pregnt makan folic acid. folic acid dan ubat2 lain diberi pecuma apabila follow up KK mgikut risk ibu2 itu sendiri, byk kajiaan akibat2 tidak mkn ubat yg diberi DR. sihat atau tidak skurg2nya kte dah mencegah, jgn ikut ibu2 yg xmakan, anak siht. itu dia, awk belom tntu. lain badan, lain rezeki. harap membantu 🥰

Baca lagi

mcm kakak sya. dia xmkn acid folic + period x teratur +ttc 4 tahun . tup2 dpt tahu da pregnant 8 bulan. tggu masa ja nk bersalin . sblm bersalin tu . doktor scan. mcm2 doktor kata. nmpk mcm ada air dlm perut baby, baby maybe sindrom, kaki kecik. tp alhamdulillah. keluar elok ja. cuma baby ad g6pd.. sebaiknya sis mkn la acid folic. 🥰

Baca lagi

boleh tak makan, tp kena pastikan makanan yg ad folat diambil dgn baik n cukup. sy tak makan pun asid folic sbb sintetik. ubat2an mmg tak prnh ambil, tambah darah ke asid folic ke..tp ambil dri natural yg Allah ciptakan, buahan2 sayuran2..nak tau makanan apa yg tinggu folat boleh search google

sy org tu. x pernah mkn acid folid sepanjang pregnant. alhamdulillah ank keluar sihat dan cukup sifat. sy amalkan mkn sayuran hijau, buah²an dan minum susu farm fresh. sepanjang pregnant sy tak pernah ada mslh lgsg.