sekadar luahan

saya nak luah kat suami, tapi haritu saya dah luah. nak luah selalu rasa macam entah la sebab ni melibatkan keluarga kita sendiri. tak nak la suami terasa ke apa kan, sebab kita lagi kenal suami kita. emm, saya sekarang tengah pregnant. barang² baby alhamdulillah slow² settle tapi barang² saya belum lagi. adik saya suka sangat nak paw itu ini, kita ni duk fikir nak kena jimat sebab kewangan kami suami isteri tak stabil lagi walaupun dua² kerja. budak ni tak faham bahasa, kita cakap nak jimat pun masih tak faham. kita ni kalau berduit, tak berkira. saya selepas nikah, susah senang memang dengan suami je. duit gaji saya 1% saya akan bagi juga dekat mak walaupun mak saya kerja kerajaan, sebab orang kata amik berkat, mak saya pun okay. kami susah tak ada duit macam mana pun, tak berhutang dengan orang sebab tak nak ajar diri ni berhutang. adik² saya, kalau tak ada duit still boleh mintak dengan parents. parents pun mesti akan hulur sbb adik² masih tanggungjawab mereka. saya rasa stress sebab diorang tak faham keadaan saya. asyik nak paw itu ini je tahu. saya ni banyak makan hati, adik saya sedap la cakap itu ini. dia tak ada komitmen, tak kawen lagi, duk dengan parents. emmm. suami selalu cakap, insya Allah akan ada rezeki lain bila belanja adik². saya okay luaran tapi dalaman ni macam² rasa. saya kalau boleh, taknak la boros sangat. sekurangnya duit yang ada boleh guna time urgent. kita tak tahu kan apa yang akan jadi di kemudian hari. emmm. saya bukan nak abaikan family sendiri tapi saya dah ada kehidupan lain yang lebih utama.

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kalau adik sendiri senang sis, tegur je direct. Sbg kakak awk kena la tegas. Adik tu dh kerja ke belum? Kalau dh kerja pandai2 la nk idop jgn harapkan mintak duit org. Kalau belum pun, bukannya tanggungjawab awk nk sara adik beradik. Beza nk belanja skali skala dgn sikit2 nak pow.

2y ago

emmm dah direct dah. entah la. bertegas sangat kang, bermasam muka pulak. kdg² saya abaikan je permintaan diorang tu sebab taknak bebankan diri. suami pun sebelum apa² akan tanya saya dulu sebab dia memang pentingkan keputusan dan mental saya.