Luahan tentang Mak Sendiri Bermasalah

Hi, saya nak bertanya adakah perlu mak sendiri minta duit hantaran anak 😓 sedangkan dia tahu saya mengandung anak luar nikah dan saya ingin percepatkan pernikahan. Tetapi disebabkan dia desak juga kami untuk bagi wang hantaran dengan alasan sudah membesarkan saya 20 tahun lebih.. Saya sudah 28 minggu dan sebolehnya sebelum bersalin saya mahu bernikah. Mak saya seolah2 menjual saya. Dia juga tidak setuju pihak lelaki mengantikan mas kahwin rm300 dengan seutas rantai dan hadiah seutas gelang tangan. Pihak lelaki telah pun membeli tanpa pengetahuan mak saya. Mak saya maqsih mahu mas kahwin merupakan wang. Jadi sekarang disebabkan mak saya meminta juga, tiada cara lain untuk kami menjual balik dengan hati berat plus kami tidak mendapat sebarang pinjaman dari mana2. Disebabkan masalah tekanan mak saya, ujian mental saya teruk dan perlu dirujuk ke kaunseling kerana sudah ada tanda2 masalah mental kali-2 😇. Saya juga rase macam xperlu ada didunia ni disebabkan mak yang macam ni. Susah hidup cara mak telampau orang bandar dan pikiran tak jauh.

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Ibu kuat !!! in Shaa Allah . Klau tak boleh nak pikir pasal diri sendiri tolong pikir pasal anak dalam kandungan . in Shaa Allah bila lahir nanti dialah yang akan menjadi kekuatan ibu . Allah uji sebab ibu mampu . jgn putus asa . banyakkan zikir semoga terhindar dari bisikan2 yg tak elok . buatlah apa2 yg mampu buat ibu bahagia . soal nikah sebaiknya lepas bersalin . sebab Klau ibu nikah skrg pon anak tetap tak boleh berbin/bintikan ayahnya Klau . sebaiknya ibu fokus dgn kandungan ibu tanpa memikirkan hal yg boleh menyebabkan ibu stress . stress boleh jadi pengaruh buruk untuk baby dlm perut . maaf ya tu cuma pendapat saya sahaja . ibu lebih tahu apa yg terbaik buat ibu n anak dlm kandungan . semoga Allah permudahkan segala urusan ibu n yg baik2 saja buat ibu yaa . fikir yg baik2 in Shaa Allah jadi yg baik2 . ☺️

Baca lagi
VIP Member

Hi mommy. Sejujur nya saya tak berada di tempat mommy jadi saya tak dapat rasa macam mana yang mommy rasa. Apa yang saya tahu, mahu tak mahu Mommy kene kuat untuk baby yang ada dalam kandungan. Cuba mommy bayangkan lahirnya cahaya mata nanti mommy boleh dakap, boleh susukan, boleh tenung wajah comel tu puas puas. Kalau mommy mengalah sekarang, mommy sakit. Tak boleh nak jaga cahaya mata seorang tu. Saya tak boleh komen pasal mak mommy sebab saya tak kenal dan tak tau persis sikap nya macam mana. Tapi, mommy please kuatkan diri, kuat demi baby comel dan keluarga kecil Mommy nanti. Saya doakan semoga urusan mommy dipermudahkan. Semoga mommy sihat sihat sahaja. Tak mau stress stress. Okay 😊

Baca lagi