Keguguran 5 weeks

Saya keguguran 5w, perlu ke berpantang? Saya 1st time n tak berapa tahu, boleh bantu tak?

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh refer penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g☺️ Ramai suami-suami tanya saya soalan ini. Soalan: Doktor, isteri saya gugur kandungan 2 bulan. Mestikah isteri saya berpantang 44 hari seperti baru bersalin? Jawapan saya: Hanya ada satu pantang dalam Islam, iaitu pantang semasa ada darah nifas, dilarang membuat hubungan kelamin, solat atau berpuasa sehingga darah nifas kering dan mandi hadas. Jika darah nifas sudah kering selepas 14 hari maka perlu mandi hadas selepas 14 hari, dan selesailah pantang anda mengikut Islam, bukan selepas 44 hari. Jika darah nifas sudah kering selepas 28 hari maka perlu mandi hadas selepas 28 hari, dan selesailah pantang anda mengikut Islam, bukan selepas 44 hari. Yang lain-lain tu hanya adat dan tak perlu buat walaupun selepas bersalin. Itu hanya pilihan masing-masing, bukan wajib buat dan bukan mesti buat. Zaman dulu-dulu ada sebabnya mesti berpantang mengikut adat tetapi zaman sekarang isteri-isteri anda dapat perkhidmatan kesihatan yang sangat baik, maka tak berpantang mengikut adat pun isteri-isteri sihat, bukan macam dulu dimana kadar kematian ibu bersalin zaman dulu sangat tinggi. Saya sudah buat banyak posting memberi ilmu pengetahuan kenapa zaman dulu mesti ikut amalan berpantang zaman dulu dan kenapa zaman sekarang ia tidak lagi perlu dibuat macam zaman dulu. Apa yang penting ialah suami prihatin kepada kesihatan emosi isteri. Apa ramai orang tak tahu tentang keguguran ialah....pada zaman dulu, kadar kematian ibu juga sangat tinggi selepas keguguran, bukan macam zaman sekarang. Zaman dulu, tidak ada pregnancy test dan tidak ada ultrasound scan, tidak ada klinik kehamilan, maka ramai ibu yang gugur pada awal kehamilan tidak tahupun mereka sudah gugur. Mereka hanya sangka haid datang lewat. Ramai ibu zaman dulu meninggal dunia sebab tidak tahu ada kehamilan di luar rahim yang pecah atau tidak tahu anak di dalam kandungan sudah meninggal dunia dan mengambil masa yang lama untuk gugur, sehingga dapat sepsis iaitu jangkitan bakteria yang merbahaya dan tidak ada antibiotic pada zaman dulu. Zaman dulu, jika ibu melahirkan bayi pramatang, ramai ibu tak tahu ini bayi pramatang sebab tidak tahu apakah usia kehamilan itu. Tidak ada perkhidmatan neonatal menyelamatkan bayi pramatang pada zaman dulu maka kebanyakan kelahiran pramatang bayi tujuh bulan pun meninggal dunia dan ibu-ibu kata mereka gugur, sedangkan mereka bersalin bayi pramatang. Memang pun pada zaman dulu di negara UK pun, sebelum tahun 1960, istilah gugur diberikan kepada semua kelahiran sebelum 32 minggu sebab kurang dari 50% bayi yang dilahirkan sebelum 32 minggu boleh hidup. Doktor zaman dulu pun tak ada ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sama seperti doktor zaman sekarang. Zaman 1960an di negara UK mereka mula menyelamatkan bayi yang dilahirkan selepas 28 minggu. Selepas itu, istilah gugur diberikan kepada bayi yang dilahirkan sebelum 28 minggu sebab bayi yang dilahirkan selepas 28 minggu boleh diselamatkan dan dinamakan kelahiran pramatang. Semenjak tahun 1992, di negara UK, istilah gugur diubah kepada semua kelahiran sebelum 24 minggu, maka ibu yang bersalin pada 24 minggu dinamakan kelahiran pramatang, bukan lagi keguguran. Zaman sekarang di Malaysia ada teknologi ventilator, ada pakar-pakar neonatal, ada neonatal intensive care unit, ada pakar maternal dan fetal medicine, maka sekarang di Malaysia, istilah keguguran ialah untuk ibu-ibu yang melahirkan sebelum 22 minggu kehamilan, dan ibu yang bersalin 22 minggu dikatakan kelahiran pramatang. Cuma apa anda perlu tahu, dalam Islam, jika kandungan yang gugur itu sudah berusia 19 minggu keatas, iaitu sudah 120 hari dari persenyawaan, sudah ada roh, maka saya beri nasihat kepada ibubapa tentang pengkebumian yang sama seperti kanak-kanak yang meninggal dunia, walaupun anak itu gugur dan tiada sijil kelahiran. Marilah kita ikut perkembangan zaman dan maju ke hadapan. Kita boleh tinggalkan apa yang dibuat pada zaman dulu sebab kita sudah mencapai kebolehan yang lebih baik di zaman sekarang. Mana laaa kita nak tahu, zaman depan mungkin anak-anak kita lebih pandai dari kita dan dapat ilmu dari kajian perubatan, teknologi baru dan ubat-ubatan baru untuk menyelamatkan semua janin yang sudah ada roh dari 19 minggu kehamilan. Masa depan kita tak boleh diramalkan dan kebolehan manusia terus berkembang dengan izin Allah. Mungkin anak-anak kita akan dikurniakan ilmu baru untuk mengubah lagi istilah keguguran ke sebelum masuk roh. Wallahualam. Janganlah sekat apa yang doktor zaman sekarang boleh buat untuk kesihatan anda sebab nak ikut adat-adat zaman dulu. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. Dr Imelda Balchin Pakar perubatan Maternal & Fetal.

Baca lagi
Post reply image

sy tngh berpantng Ni Bru 3 hri..11 mmnggu..tumph drh..pngsn 4x..cuci hdup² xde bius..pstu tdi urut..bertungku..bngkung..pkai pilis..btul² jga pntang sb bdn NK guna lma..mkn pn pntang..mkn msakkn rebus2 je..sy kna pntang 44 hri..lain org lain cra..tp sy ikut org lama..arwah pesn sme je ggur gn bernk pntang Nye ..cma ggur kn jga btul²..so sy kna dgr ckp arwah mak..wlau mak DH xde..selmt berpantang ye sis..

Baca lagi
1y ago

slmt berpntg sis. last sy bace post sis ari tu. tertnye2 jgk mcm mne la keadaan sis. oo, rupanya tgh berpntg dh.

pantang bersama suami. pantang dari makan benda berangin . kubis , sy tak makan. minuman berais tak ambik. pakai stoking nak tido nak keluar rumah. sy dulu complete miscarriage. tapi pantang seminggu jugaklah. mak mak bising kalau tak pantang , badan nak pakai lama

Sy pun pnh gugur 5w bln 10 2022...dia kuar ketulan.. Doc scan kuar dh complete... Doc ckp xyh pntg sbb masih ketulan drh... Masih awl sgt... Sy kuar drh smggu n kering... 2mggu lpas gugur tu scan pulak n doc ckp dh kuar complete

1y ago

Alhamdulillah... Allah sebaik baik perancang😍

perlu berpantang jaga diri, sbb rahim kita bgian dlam belum pulih.. pantang dlam skuranyanya 3-4 minggu.. sy pun pernah gugur 5 minggu dlam perut rasa pedih2

Masa saya, saya tak pantang pun. sebab keluar habis macam period. lepas habis darah semua saya bersama balik macam biasa dengan suami.

Terpulang pd sis.. sy pun pernah gugur awal minggu lg tapi sy pantang la apa yg patut sbb darah sy tetap turun 60hari jugak..

saya dlu x pntg.sbb keluar habis..trus mcm period..jd sy pn truskn kehidupn mcm biasa,mkn n aktivti mcm biasa

Ya mesti berpantang juga sis..yang tanggung sakit org perempuan 😣.

sye mse gugur 5w pantang 2w je. bykkn berehat and berurut je.