Sangkut gdm

Saya haritu 6w dah kena minum air gula..first time minum dan tak tahu tips mcmna nak elak..sebelum ni takpernah ada kencing manis. Bila 8w dapat result sangkut gdm 7.8.perlu buat bsp tiap bulan..stressnyaa. tp bila cek bulan ni ok je.3.6,3.8.adakah perlu berlanjutan hingga bersalin juga? Siapa ada pengalamn bole share..#firstmom

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sangkut dengan gestational diabetes mellitus (GDM) memang boleh menimbulkan kebimbangan. Biarlah saya kongsikan sedikit panduan dan tips yang mungkin berguna bagi anda: 1. Untuk mengelakkan peningkatan gula darah yang mendadak, adalah penting untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Kurangkan pengambilan gula dan kaji indeks glisemik makanan yang dimakan. 2. Penting untuk memantau gula darah dengan teliti. Adalah disyorkan untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh doktor mengenai ujian darah dan sebarang ubat yang mungkin diperlukan. 3. Bersenam secara berkala juga boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah. Sentiasa berbincang dengan doktor mengenai jenis senaman yang sesuai untuk wanita hamil. 4. Bagi kes GDM, biasanya pemantauan gula darah akan diteruskan sehingga proses bersalin. Ini kerana keadaan GDM boleh mempengaruhi kesihatan ibu dan bayi. 5. Jangan terlalu bimbang, namun tetaplah memberi perhatian kepada pemantauan gula darah dan ikut arahan doktor dengan teliti. Sekiranya anda memerlukan panduan lanjut atau ingin berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang lain, forum komuniti ibu hamil dan menyusui adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan sokongan. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit gambaran bagi situasi anda. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan untuk bertanya. Semoga selamat menjalani kehamilan anda. #firstmom https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Same here . Saya sangkut gdm by blood test . First baby juga . Bacaan kat border line . Gdm on diet control . Buat bsp setiap 2 minggu sampai la bersalin and alhamdulillah bacaan cantik tapi ada sekali la bacaan saya lebih 7.0 sebab salah makan . Apa yang saya boleh advice , dari pengalaman sendiri . Jangan stress out , nowadays memang gdm quite common . Jaga permakanan , makan suku2 separuh , fikir positive and doa yang baik2 . Husnuzon , mungkin ni asbab kita tukar diet kita ke diet yang lebih healthy . Jadi banyak ambil tahu apa yang baik untuk kita and apa yang perlu kita elak . So dari sekarang awak dah practice makan cara berpantang . Masa pantang tak la merunggut makanan hambar , cz banyak yang awak tak boleh makan nanti . Pantang makan pulak 44 hari . Lama tu and paling penting , please jaga berat badan . Kalau awak terlebih berat sepatutnya awak yang akan letih ulang alik clinic setiap hari selama seminggu untuk check urine , heart beat baby and bp awak . Ni apa yang nurse suruh saya buat if berat badan terlebih . Not sure tempat lain sama atau tak tapi sumpah penat . Banyak kan minum air putih juga ya . Nanti nurse akan minta you buat urine test , tak sure week ke berapa . Apa2 pun kena keep positive mindset ya . Harap2 Allah mudahkan semuanya untuk awak 🤲🏻

Baca lagi

Sama laaaa sy pin sangkut GDM padahal gula ok je hospital saja buat teqokkk… tiap2 2 Minggu sekali kna p check bsp dh laaa kena banyakzzz … now dh beranak 4.4 hari tu lepas beranak pin sangkut pre kencing manis kena pi check up jgk.. padahal paras gula 5.3 jeee hmm hospital kk mmg suka buat teqokkk haha 😂😂😂

Baca lagi

sya 9week minum air gula terus sngkut tinggi pulak tu . buat bsp 1 sebulan . result bsp biasa kalau pagi tu 4 keats.tk prnh smpai 3 sbb doc kata kalu result bsp smpai 3 tu maksud nya tk berape cntik mksudnya awk dah hypo . bsp mmng kena buat smpai bersalin awk .

Saya dulu pun border. Bacaan bsp okay. Once dah sangkut, memang kena pantau sampai bersalin 😅 Ikut je date yang diberikan. Tapi time ni tahun 2021, taktahu lah sekarang masih sama atau dah lain.

6mo ago

Huhu. Chaiyokkk awak 💪🏻

kalau sekali dah sangkut memang kena buat bsp sampai bersalin. sy 12w sangkut kena buat 2 minggu sekali. bacaan bsp kalau bawah dari 3.9 dah dikira hypo.

6mo ago

bsp sehari 4x check gula Tu kalau 1result melebihi had ditetap Kan akan Di lanjut Kan BSP setiap 1minggu .kalau result 4x Tu semua bawah had ditetap Kan akan jdi 2minggu sekali ...jgn risau ..sekali dah dpat result gdm Lepas mnum air gula .mesti kena BSP sampai besalin 🤣😂 (ibu gdm hadir)✋

mcm sya sngkut gdm dri 10w sis. kena cek 2 mggu skli smpai lah bersalin nnti. skrg dh 33w. walaupun bacaan bsp ok tetap juga kna cek smpai bersalin kata doc😅

skli da buat bsp smpai bersalin buat bsp sis. enjoy je journey preggy nie x yah stress2. saya pernah result sampi 3.1 cepat2 pi makan klo rasa x sedap bdn.

kenapa result tu rendah sgt gula sis? kira hypo dh tu..bahaya

6mo ago

aah tulah,baru tahu bwah 4 pun sangkut hypo.sy puasa pagi tu..shari sbelum tu sy jaga makan xambil gula.makan nasi sayur, salad buah je,bila tgok bcaan rendah pula.tp lpas makan bcaan pkul 12 tu 4.9 .ok da kan

Kk saya bg buat bsp kt rumah guna glucometer

6mo ago

sis guna jenama apa ya? Sy nak beli, tapi tak tahu nak beli jenama apa yg okay.