loya lepas tukar ubat

saya hampir masuk ke trimester kedua, masa buka buku pink HB rendah 10.5 dah kk bagi iron tablet (4biji sehari) B complex dan acid folic, kemudian check lagi kat kk HB makin turun 10.2 jadi saya perlu buat pemeriksaan darah. Saya juga ada tukar makan iberet folic dan obimin dengan mengharap ada perubahan hb hm kenapa saya jadi loya dan muntah kembali ye lepas tukar ubat? Sebelum ni dah hilang alahan

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Iberet dan obimin fungsi sama.. Rasanya kena makan salah satu je. Iron dalam Iberet lagi tinggi. Mmg akan rasa mual dan loya. Tips pharmacist kat KK, untuk makan iberet/obimin/zincofer: 1. Makan bersama jus sebelum tidur 2. Makan 2 jam selepas dinner 3. Makan vitamin C untuk tingkatkan penyerapan 4. Banyakkan makan sayur hijau jgk Saya makan zincofer tak tahan, muntah2. Tukar obimin br okay.

Baca lagi
4y ago

terima kasih uth sharing