Esok genap 36w
Saya first mom. Rasa berdebar pula sebab hari makin hampir, tapi lebih takut kepada nak tidur wad and pergi toilet tengah malam sebab tak pernah ke hospital 🤣 Dan nervous takut dah turun tanda tapi tak perasan sebab saya ada anxiety and depression, ada lain sikit je rasa macam nak kena anxiety attack tapi so far saya masih berjaya tenangkan diri sebab risau bahayakan baby. Saya cuba untuk tak panik sebab kalau panik saya jadi kejang satu badan Cuma nak tanya, ada tak satu pesanan dari ibuibu lain yang ibu harap ada orang bagitahu ibu lebih awal? Boleh kongsi pada saya? Saya takde ibuayah sebab broken home dan bakal berpantang sendiri je. Sekarang saya tengah study cara penyusuan. Mungkin ibuibu boleh share apaapa nasihat atau pengalaman ibuibu. Contoh, jadual pengepaman untuk kekalkan susu badan. Tips untuk kekal tenang kalau anak kena kuning. Atau mungkin sekadar nasihat untuk saya macam "jadi ibu kena tabah, takpe tak sempurna tapi cuba yang terbaik" dll. Apa sahaja tak kisah, saya akan simpan dalam hati, inshaAllah. Moga dapat membantu saya atau dijadikan penyemangat untuk diri saya & orang lain satu hari nanti 😊 Cuma teringinkan nasihat ikhlas dari hati seorang ibu. Terima kasih