boleh je jawab soalan dgn penuh sopan santun. tapi soalan biarlah logik. dan jangan jadikan alasan first mom utk tak tahu apa2. study la. buat research, membaca. jangan harapakan orang suap semua. lagipun setiap orang lain pengalaman.
takkanlah belum period tapi ada tanda2 mual, bloated semua tu wajib pregnant sedangkan UPT belum buat. nampak seolah2 tak belajar symptoms PMS pun lebih kurang mcm tu. buat la UPT. tny orang dalam ni pun bukan dia tahu awak pregnant ke tak.
same goes to pergerakan baby. kalau rasa tak normal, pergilah cek. ibu tu sendiri je yg tahu pergerakan normal ke tak, even suami sendiri pun tak boleh rasa/tahu tu normal ke tak.
kalau UPT dah double line, ditanya lagi pregnant ke? dekat packaging tu dah tulis kan kalau 2 line, 1 line apa. tak baca ke?
lepas scan Dr bagitau itu ini, andai kata ada persoalan, kenapa tak tny Dr terus? padahal Dr tu yg cek kita. nak compare dgn dekat dalam ni yg entah sape2.
kalau soalan munasabah, pasti akan dijawab dgn elok.
Anonymous