30 Balas

kalau gov, kali ke 3 czer trus btl, tp atas doctor jugak ada bg pluang lg untuk last czer (4x) bergantung dgn kdaan semasa ibu. sis tenang2 je, sye pun 2x czer. enjoy je moment kite pregnant n berpantang nnt. jgn hiraukan kata2 tok awk tu. siapa kita untk menidakkan takdir kan ? xkesah normal or czer, yg penting ibu n baby selamat.

sy pun bru czer ank ke 3..8/2/24 tu ..ank first dan second..dua2 czer....tpi blum btl...dktr hosp gov bg peluang lg preg ke 4..3 thun akn dtg..bru btl...

sy ank first dh czer sbb breech. nk buat mcm mana.. dh buat ecv pun failed. takkan nk paksa anak terbalik dlm perut pulak? usaha tu boleh la nk sujud lama ke apa tp kalau Allah x izinkan apa la kita boleh buat. ikut je nasihat doc. anak ramai nnti takut terabai kebajikan pula. buat xtau ja lah. 3 ank utk zaman skrg pun kira banyak dah tu. Mana boleh ikut zmn tok beranak ramai

ade je dpt yg keempat. tgk keadaan kesihatan semasa. sbb mak su lps 11 thn kahwin baru dpt anak 1st masa umur dia 35 in 2020, 2nd in 2022 & 3rd in 2023. tiga2 czer. doc kata boleh lg nk no 4, tp no 3 kena 2 thn dulu. so skrg dia pkai iucd as suggested oleh doc. klau mak su sy nak n kesihatan masa tu pun okay boleh je last time utk czer

Normal ke czer kalau Allah dah kata rezeki anak dua orang je siapa kita untuk menidak kan. Bergantung atas doktor juga, ikut nasihat doktor.. dia yang lebih pakar. Sebab ada kawan saya dah 3 kali czer, doktor takde cakap pon tak boleh mengandung lagi. Yang penting awak jangan down okay.. biarlah orang nak kata apa pon

Sabar + kuatkn semangat awak ye. X semua org faham n hargai ibu2 yg dh czer ni. Awak fokus jaga baby dlm perut n diri awak. Itu lagi penting. Kut ada lagi asyik ckp pasal czer. Meh sini perut tu kita czerkn. Biar sama2 rasa sakitnya czer. Jgn sedih n down okay. Always happy biar baby dlm perut pun happy. 🥰

Terharu dengaq. Selalu org kata czer bukan sakit mcm bersalin normal. Tp yg merasanya kita, dgn nak jaga apa semua. Tp ibu2 czer selalu dipandang serong. Kdg2 sedih. Terima kasih awak2 yg supportive dan memahami. Doakan urusan saya dgn baby dipermudahkan esok. ☺️🥹

Czer ke normal ke bukan pilihan kita. Anak ramai ke anak sikit kita yg corakkan anak2 kita bersama suami. Orang lain mampu bercakap je. Lebih baik anak sikit andai kata anak2 mampu jadi 'manusia' pada masa akan dtg. Skrg ni org fikirkan kualiti bukan kuantiti. Nak tgk anak2 membesar & berjaya dunia & akhirat.

Betul tu, takdir ni bukan pilihan kita. Yg penting kualiti anak tu. Terima kasih awak2 semua. ☺️☺️

jangan kisah sangat apa orang cakap ya,saya pun kali pertama ni nak kena czer..tiada pilihan,sebab saya pnh buat operation fibroid 2 thn lepas.. doktor cakap tak boleh beranak normal..sebab bahaya..ada parut ..uri pun dekat bawah 22 minggu.. semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.. Aamiin 🤲

Semoga Allah mudahkan urusan kita ibu2 yg bersalin czer. Terima kasih awak. ☺️☺️

awk wktu sujud tu bg lama bg kepala bby bwh blik. sbb sy 38mngu kepala tiber dkt atas. tp sy pn buat sujud lama alhamdulillah kepala bby dkt bwh blik. dan boleh normal , sy dh kne admit dh . sy ank kdua jgk . ank first emngncy czer jgk . Insyallah smoga dipermudhkn urusan awk . Aamiin .

Saya esok tepat2 38 weeks, masih berharap keajaiban berlaku. Tp anak saya dari weeks 28 sampai skrg kepala masih di atas. Mcm2 dah bwt, lampu suluh, doa2 utk anak breech, cakap dgn baby, sujud lama, senaman2 utk baby songsang. Tp 😭😭😭

X pe la kalau anak x ramai pon, rezeki masing2, nak ramai2 kang ekonomi pon x stabil la ni. Awak buat derk je la sayang, awak yang bawa perut, awak yang lahirkan, awak yang jaga, awak yang rasa sakit. Awak chill je, set mind set awak bende negative buang positive amek.

Jangan rasa down tau..sy misi kerja dewan bedah,DR akn bgitau dulu samada perlu BTL atau tak..klo dia tgok dalaman masih okey,xperlu pun..nk czer 5,6kali pun boleh tapi xdisyorkan la..so jgn sedih2 okey..be happy..tahniah ,selamat berjuang dan selamat berpantang ✌🏻

Alhamdulillah, terima kasih misi. Semoga ada harapan dan rezeki anak ketiga keempat buat kami.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan