pedih ulu hati

Saya dah makan ikut time tp napa pedih jgk dh nk mcm gastrik... Normal ke mommy2

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda masalah pedih ulu hati, heartburn atau gastrik adalah salah satu gejala yang biasa berlaku kepada ibu hamil. Gejala ini berlaku disebabkan oleh injap antara perut dan esophagus yang menjadi longgar ketika kehamilan memudahkan asid dari perut naik ke esophagus, menyebabkan rasa pedih yang anda alami. Untuk mengurangkan gejala ini, anda disarankan untuk makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecik dan duduk tegak sekurangnya setengah jam selepas makan bagi mengelakkan asid naik ke atas. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi

Makan gaviscon advance...sy dri awal pregnant smpai skrg da 9 month pon pedih ulu hati kena hari2..tapi doc sy bagi makan gaviscon advance shj sbb itu sesuai utk ibu mengandung...yg jenis lain dia x bagi..and sy minum susu sejuk untuk legakan pedih...

VIP Member

Normal, sebab kandungan mbesar so asid dlm perut kena tolak naik.. Pedih ulu hati ni berlansung smpai nak dekat bersalin, nak kurang sakitnya, makan sikit tapi kerap, kurangkan mkn berminyak, pedas dan buah berasid.

4y ago

Ya mcm oren, lemon

Normal..saya pun mcm tu..kerap sendawa.pastu pedih ulu hati..cepat lapar pun ye..dh pegi klinik,,ubt yg doktor bg x membntu sgt pun..last² redha je la.. tp sebelum tido try susu suam..

VIP Member

sy pn same.. start awl pregnant smpi msk wk14 br hilang.. tp ni ble msk wk19 mgg lps mcm nk jd blk.. sabarkan jelah.. nk mkn ubat angin, xberani gak kerap2 wlupn doc kate xpe n bleh..

Sy kalau pedih ulu hati sy akan minum susu sekejap je hilang,bila dh 3trimester pedih ulu hati akan lebih kerap trjadi walaupun bru je lepas makan.

4y ago

sama la saya tgh mengalami skng dah 38week mkn jew sakit muntah sampai pinggang rasa nak buang air besar... lg teruk skng ni padahal dah mkn

Sy trimester pertama teruk sgt gastrik. Pdhal xde mkn lmbt pun smpai perut masuk angin ke apa. Tp lps dh masuk 13w hilang terus gastrik tu.

VIP Member

Makan Gaviscon sis. Memang untuk ibu hamil. Saya doc yang suruh makan masa preggy dulu. Lepas 5 minit dah hilang rasa tu

Sy br jd ari ni... Nk tarik nafas pn rasa sakit..

VIP Member

Normal.sis..sy dlu bila alami cmtu mkn gaviscon

4y ago

Most wlcme 😉😘✌