BLEDDING FIRST TRIMESTER, sudah 4 hari bleeding

Saya dah 6 weeks tapi lepas bersama 4 hari lepas bleeding. mula2 ada spotting warna coklat je tapi lepas 2 hari mula keluar bleeding. dah pergi hospital. dia suruh tunggu 2 weeks lagi. saya patut buat apa? sebab risau. bledding tak stop lagi ni #seriusnanya #bantusharing #ingintahu #firstbaby

23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya pernah dulu masa awal pregnant 6-7 weeks bleeding sebab buat kerja berat. Sepanjang first trimester , dua kali saya bleeding. Kali pertama bleeding pergi kk , doktor check bukaan takde tapi disebabkan masih awal pregnant , doktor cuma cakap kena banyakkan rehat je & masa tu tak bagi ubat duphuston pun. Kali kedua bleeding terus pergi emergency hospital & kena tahan wad. Masa tu lah saya dapat ubat duphuston dari doktor. Makan dari 10weeks macamtu sampai lah 20weeks & Alhamdulillah baby okay je. Pasal bersama tu , doktor ada bagitahu jugak jangan ganas2 sangat😅 Sebab kandungan masih awal lagi kan. Kalau masih keluar darah lagi , baik awak pergi hospital terus ya. Jangan takut , nanti doktor sana akan scan melalui bawah. Selalunya kalau takde apa2 sehari dua dah boleh balik. Tahan wad pun hanya untuk monitor awak & baby. Hope awak & baby baik baik je okies🫶🏻

Baca lagi

mcm Sy mggu lepas tp xpasti sbb buat kerja berat atau sbb bersama...eskkan tu kluar spottg warna coklat dri mgrib hingga ke tghri xbyk tp berterusan..sy trus ke klnik swasta scan semua alhamdulillah baby Aktif doktr bgi sy ubat kuatkan Rahim utrogestan..doktr bgtw kmgkinan buat kerja berat atau Luka..lepas g klnik n makan ubat alhamdulillah dah stop kluar spottg coklat tu...sy skg 19w...awk bykkan rest taw

Baca lagi
11mo ago

Ambil masa lama mana ya spotting awak stop?

Sy dlu first trimester mmg ade spotting jugak. Pegi klinik swasta dia bg ubat kuat rahim dan dia ckp kena cuti bersama dlu. Sy pun cuti bersama, cuti exercise gym, mkn ubat, bykkan rehat, tak angkat benda berat. Dah takda spotting tp sy continue mkn ubat smpi dah nak habis. Trimeter ke2 baru bersama dan pegi gym exercise. Alhamdulillah now dh 8 bulan.

Baca lagi
11mo ago

3 4 hari je sbb dh mkn ubat.

Sy tahu je pregnant mmg terus tak bersama . Tak bersama pun ada bleeding .. terus cucuk kuat kn rahim dan doc bagi duphaston . Memang sepanjang pregnancy sy tak bersama . Alhamdullilah suami memahami .. bukan apa .. risau keadaan baby kat dalam . Ada orang boleh je . Ada org x boleh . Doc nasihat kn elak kan bersama dulu ..

Baca lagi

pngalaman sy first pregnancy dulu, first trimester ad bsma end up bleeding and bberapa hari kemudian gugur. mungkin faktor rahim xkuat sama . so bila second pregnancy ni bila tau je pregnant terus stop bersama smpai la kandungan 4 bln ke atas baru berani 😅 and alhamdulillah skrng dh 7 bln

1y ago

18w msa tu. yg penting kena yakin la. insya Allah kandungan selamat . apa² bincang la dgn husband. mcm sy husband yg lbih trauma 😅 so bila dh rasa okay, yakin bru on.

Nurse dekat kk pernah bgtau dekat saya kalau awal awal pregnant jangan bersama lagi sbb air mani lelaki tajam katanya. Boleh miscarriage. Kalau boleh elakkan dulu. Tunggu 2nd trimester should be okay. Nurse tu la pesan camtu

Sy pernah alami bnda yg sma.. After a week.. Sy miscarriage.. Nak kena tgok drah tu kluar smkin segar atau just coklat2.. Klu darah smkin byk dn btul2 drah merah segar kluar.. Kna tggu dlm msa 2 mnggu bby akn kluar sndri..

11mo ago

kalau coklat saje mcm mana sis ??

klau dh bleeding sila stop segera bersama dgn suami!! mmng kebanyakkan x galakkan bersama pada 1st trimester.. awak prgi hospital lain pula.. yg ada rawatan segera.. ancaman keguguran sgt tinggi.. jaga baik²..

selalu nya diawal kehamilan ni mmg tak di galakkan utk bersama. sbb kandungan masih fragile. dpt kn 2nd & 3rd option. if hospital xbuat pape dn awak ada duit lebih pergi private hospital yg ada pakar o&g.

tunggu 2minggu untuk kntung jatuh sndri. klau xjatuh sndri nnti kna D&C. sepatutnya doc kna bg ubat kuat rahim. mcm saya ok la tunggu 2minggu sbb saya mmng nk gugurkn sbb kntung kosong.

1y ago

sakit mcm contraction 11mlm-8pg. kntung kluar hilng skit. rasanya ikot org kot. sbb tngok org lain gugur ambil msa bnyk hri darah turun sebelom kntung kluar. saya ambil msa 1hri sttle semua.