Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Pregnant first baby
Datang bulan lepas bersalin
Puas sy google tak jumpa org yg sama situasi dengan sy. Sy datang bulan semula lepas setahun bersalin. Anak fully bf. Cuma pelik sikit datang bulan kali ni mencurah2, 2 jam pakai pad overnight tp dah full. Adakah ini normal? Patut ke sy jump doktor? Sakit perut period pain ada,
Nak masuk trimester ke3
Sy nak masuk week 26 dah ni taktau kenapa kaki tangan selalu kebas. Bangun tido tangan macam tak boleh genggam tapi tak bengkak. Kadang2 tu siang pun rasa sakit nak genggam. Kaki terasa besar dari biasa sebab selipar yang selalu pakai dari tahun lepas (selipar tu bawak ke umrah tahun lepas), tiba tiba dah rasa sempit macam kaki ni mengembang dengan jayanya. Nak tanya ibu ibu betul ke ini normal? First baby. Rasa macam seram dan tak normal je rasa.
Darah lepas bersama
Kandungan dh 17 minggu selama ni bersama suami tak penah darah. Tapi tadi darah. Banyak juga sampai suami cuci ade darah yg panjang (macam period). Normal ke mcm tu?
Alergik masa mengandung
Hello mommies! Nak tanya ada ke yg mcm kes sy? Sebelum mengandung memang sy ade resdung, asma dan baru baru ni gastrik yg bagi sy kronik lah. Resdung penah operate. Asma kadang2 kena attack. Gastrik memang sampai sekarang berulang follow up kt kpj. Masalah sy mcm ni, start mengandung sy punya alergik mcm terlalu cepat trigger. Tak boleh silap sikit. Selalunya saya pegi rumah family ade kucing oke saje. Tapi start mengandung kalau lepak lama start la tu nak asma. Belum lagi ni tibe tibe telinga sangat gatal, bengkak dan pekak dah nak masuk sebulan. Kejap kiri kejap kanan. Pendengaran dah tak berapa jelas. Pegi klinik biasa dia kasi ubat bengkak je yg sy tak makan pun sebab bila google rupanya ubat tu boleh buat miscarriage. Saya bila pregnant ni jadi sangat stress. Sebab ubat semua tak boleh makan. Tapi badan kerap alergik. Bab kucing tu rasa boleh elak lagi. Yang telinga ni taktau apa punca. Pegi klinik dia cakap banyak wax saje. Ade ke mommies yang kena mcm ni jugak? Ade solution ke ? Sepanjang pregnant sy takda alahan muntah, pening sikit2 saje. Selera makan macam biasa. Tapi bab alergik tu aduhai.