Baby prem 33w now NICU

Saya cuma nak meluah kalau ada yang bagi semangat tu, alhamdulillah terima kasih banyak2 🫂 Saya bersalin baby prem 32w. Result dari kelahiran tersebut masih belum tahu punca saya bersalin awal. Now baby kat nicu. Alhamdulillah Baru 3 hari pindah ke ward biasa. Seminggu dia kat ward pemerhatian (depan counter). Orang lain berpantang, ada baby kat sebelah sedangkan saya ulang alik hari2 perjalanan pergi balik 80KM+-. Waktu melawat untuk saya setiap masa boleh. Tapi saya tetap tak boleh tercongok situ lama2. Sbb saya datang dgn husb. Sian kat husb jgk menunggu lama tapi hati nak stay dengan anak kat situ 😞 Husb dapat masuk 15minit je tengok anak. Rules hosp nya mmg begitu ☹️ sekarang husb tgh cuti bolehlah hari2 saya pergi tengok dia. Nanti husb dah masuk keje, saya tak dapat nak lawat dia selalu. Lagi saya rasa sedih😢 Plan doc, around 34w if baby okay tanpa bantuan oksigen, boleh latch df dan tanpa ubat untuk tak bagi dia lupa bernafas tu in shaa Allah saya boleh walk in dan stay dekat ward dengan baby sampai 35w and berat dia mencecah 1.8kg ke atas. Tapi nak menunggu tu, saya perlu banyak kesabaran. Menahan rindu pada dia tu tak sanggup rasanya 😞 ini anak first saya. Lama kami ttc nantikan kehadiran dia. Tapi Allah sebaik2 perancang. Saya taknak stress sangat. Walaupun anak jauh dari saya alhamdulillah rezeki baby ni saya ada banyak gila ebm. Tahlah, saya rasa saya perlukan semangat je. Nak keluar healing, saya masih berpantang. Nak sujud, saya masih ada nifas. Husb & family selalu bagi support. Cuma saya je, terlalu sensitif. Tak sanggup tengok anak berselirat dengan wayar, tiub susu kat mulut. Jarum sana sini. Tak sanggup 😞

23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kita sama² ibu yang hebat, yang kuat 🥰. Faham sangat perasaan tu, lagi² anak first . Kita takda pengalaman berpantang, pengalaman nak handle emosi dan sebagainya, tapi ibu² ni kekuatannya luar biasa 🥹. Saya pun dulu anak seminggu dalam NICU kes jangkitan kuman dekat paru² . Hampir meroyan dalam pantang . Tapi Allah ada kan. Kalau saya boleh melaluinya, saya percaya sangat² awak juga boleh menghadapinya 🥰. Anak kita nanti akan jadi anak yang kuat ok. Allah bagi masa untuk awak rehat selepas bersalin ni, Allah bagi doktor² yang tengokkan anak awak dulu ok. Nanti Allah bagi awak pula merasa jaga anak depan mata, malam² dah boleh tidur dengan anak 😍. Awak hanya perlu kuat buat masa sekarang . Saya doakan yang terbaik untuk awak dan baby ya sis. ❤️

Baca lagi