Berpantang
Saya bercadang nak berpantang sorang tanpa bantuan sesiapa selepas bersalin. Tapi keluarga sebelah husband melarang kerana alasan mereka sepanjang ibu berpantang tidak boleh sentuh air langsung , anak berak pun tak boleh sentuh air , mandi pun tidak boleh. Saya dah cuba bagitahu mereka yang saya tetap dengan keputusan saya tapi mereka tetap berdegil. Apa patut saya buat? 😣

pakai je lesen "dah tanya nurse dia cakap boleh", cakap je puan nak pantang cara moden. kalau family kata pantang cara traditional elok utk jaga badan cakap je puan bukan nak jaga badan tapi nak jaga kesihatan. iyakan sajalah cakap mereka tu tapi puan buat la cara puan asal x memudaratkan diri. family kita tetap hormat tapi macam manapun kita ada pilihan kita sendiri. yakin je dgn pilihan puan. air zaman dulu2 kan sejuk mcm air gunung belum byk pembangunan lagi x sama mcm zaman skrg. boleh je nk bersihkan diri guna air tapi cakap la mandi guna air suam2 kuku xkn jadi meroyan pun. dah tu nk cuci luka bersalin mcm mana? guna dry clean? spray dgn dettol? melampau la x boleh kena air langsung. newborn kalau xde kulit sensitif boleh la nak lap guna wet tissue tp ramai je yg guna kain basah celup AIR cuci najis. jgn stress2 masa pantang sbb stress boleh buatkan susu badan kurang & boleh jadi jgk meroyan. jgn salahkan air mandian punca meroyan. sebelum bsalin lebih baik puan educate husband puan biar dia lebih faham, support system sgt penting jgn ambik ringan je. nk mudah puan kumpul jawapan byk2 dlm post ni & share dgn husband. ni semua pengalaman sebenar ibu berpantang yg x ada apa2 masalah pun kena air
Baca lagi


