Jangkitan Kuman Pada paru-paru

Saya baru melahirkan anak pada 37week, tapi di tahan di NICU kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Semalam saya follow up dengan doktor, kuman dah mula merebak dalam darah baby.. Doktor kata akan masukkan antibiotik sekurang2nya dua minggu.. siapa ada pengalaman macam ni? saya buntu, orang lain bersalin bawak baby, saya bersalin baby terpaksa kena tahan dua minggu ?

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

anak saya pun lepas lahir terus masuk nicu, sbb pernafasan laju dan jangkitan kuman dalam paru2.. salah satu puncanya Air ketuban saya juga dah pecah selama 18jam dan saya gbs positif.. Doktor on kan oksigen dan antibiotik selama seminggu utk baby saya.. Alhamdulillah, baby dah semakin stabil dan boleh pulang.. Follow up di klinik kesihatan shaja seleps ini.. Agak perit nak lalui, tapi kita kene kuat dan yakin baby kita kuat.. Mudah2an Allah permudahkan urusan puan dan kite semua.

Baca lagi