Urutan peranakan

Hi. Saya baru berkahwin 10 bulan. Saya belum ada rezeki baby. Saya nak cari orang mengurut yg dipercayai area KL, Ampang, Damansara. Sesiapa ada contact orang mengurut boleh share ? #firstbaby #pleasehelp

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

penerangan dari doctor imelda balchin pakar o&g. Rahim wanita ialah salah satu organ dalaman. Penjual produk suruh anda scrub rahim dengan essential oil untuk melancarkan period? 🤦🏻‍♀️ Tak boleh. Mana boleh. Apa yang anda scrub hanyalah kulit di bawah pusat anda. Ini bukan kedudukan rahim wanita. Rahim wanita tak boleh kena scrub. Sila lihat dimanakan kedudukan rahim wanita di dalam tulang pelvis. Urut sengkak rahim yang jatuh? Tak boleh. Mana boleh. Urut rahim tidak boleh menaikkan peranakan. Sebab rahim tak boleh di urut. Sila lihat dimanakan kedudukan rahim wanita di dalam tulang pelvis. Urut untuk membetulkan kedudukan rahim untuk kesuburan? Mana boleh. Bahagian rahim mana yang anda boleh sentuh? Sila lihat dimanakan kedudukan rahim wanita di dalam tulang pelvis. Organ dalaman manusia tak boleh diurut. Marilah belajar anatomi manusia. Semua organ dalaman manusia dilindungi oleh rangka tulang manusia sebab Tuhan tak benarkan makcik bawang mengurut-urut dan mengganggu organ dalaman manusia. Otak tak boleh diurut sebab dilindungi di dalam tempurung kepala. Jantung tak boleh diurut sebab dilindungi di belakang tulang dada dan tulang rusuk. Paru-paru, hati (liver), limpa (spleen), buah pinggang (kidneys) tidak boleh diurut sebab dilindungi oleh tulang rusuk. Saraf tunjang tidak boleh diurut sebab dilindungi oleh tulang belakang. Jangan cuba urut. Rahim, ovari dan pundi kencing tak boleh diurut sebab dilindungi di dalam tulang pelvis. Bila hamil, di dalam tiga bulan pertama kehamilan, rahim masih lagi dilindungi di dalam tulang pelvis dan hanya akan membesar keluar dari tulang pelvis selepas 3 bulan kehamilan, iaitu inilah masanya uri telah terbentuk dan melekat dengan baik di dinding rahim, dan inilah masanya embryo sudah lengkap pembentukan semua organ badan dan dinamakan janin atau fetus. Selepas 3 bulan kehamilan, semua janin ada semua organnya dan hanya perlu matangkan fungsi organ dan membesar. Inilah waktunya rahim wanita keluar dari lindungan tulang pelvis dan membesar ke dalam abdomen wanita (bukan di dalam perut). Selepas bersalin, semua ibu diberikan suntikan syntocinon atau syntometrine untuk mengecutkan rahim dan rahim wanita tak perlu diurut. Doktor dan bidan di Hospital akan mengurut rahim di bilik bersalin hanya jika berlakunya pendarahan serious. Dalam masa 10 hari selepas bersalin, rahim wanita akan mengecut sendiri ke dalam tulang pelvis tanpa apa-apa bantuan dan kembali kepada saiz kehamilan 3 bulan. Dalam masa 4 hingga 6 minggu selepas bersalin, rahim wanita kecut sendiri kepada saiz yang normal tanpa apa-apa bantuan. Sebab inilah bila hendak buat Ultrasound scan rahim wanita, kita kena buat transvaginal scan dari bawah, bukan transabdominal scan dari atas. Jangan cuba mengurut-urut organ-organ dalaman manusia. Ada sebab anda tak dibenarkan kacau organ dalaman. Yang anda boleh urut hanya otot, ligamen, lemak dan kulit badan. Hanya bahagian badan di luar rangka manusia boleh diurut.

Baca lagi
12mo ago

sy pun takpercaya benda urut2 ni . tapi ada je org yg lepas berurut, terus dia pregnant.

jgnla mandai mandai urut bahagian rahim tu. 10 bulan baru lagi kawen. jaga pemakanan je, amalkan gaya hidup sihat, bmi kasi cun, mental jgn stress, masa yg ada spend time je dulu dgn husband and famly. dont rush. Allah’s plan always yg terbaik. Tolong rujuk doktor pakar sakit puan sebelum nak urut bahagian rahim tu. jadi apa apa jgn menyesal.

Baca lagi

Sis lebih baik pegi cek hospital dlu suami isteri. Alat dekat hospital pun dah canggih2. Saya pun TTC hampir 4 tahun. Alhamdulillah tahun ni Allah bagi rezeki pregnant lepas ulang alik O&G hospital selama 5 bulan. Doktor bagi makan clomid 2 bulan dah lekat. Doktor pun akan share tips2 makanan kesuburan untuk suami dan isteri.

Baca lagi

in shaa Allah saya ad kenai seorang kakak ni yg blh tlg urut. in shaa Allah utk ikhtiar shj. yg selebihnya kita serahkan pada Allah SWT. ♥️ Kalau awak berminat nak cuba, awak reply msj saya ni ye

12mo ago

Dekat area mana tu kak ?

+60 10-380 7428 Norrah Spa Puchong dia buat kat rmh..terbaik servis 5 bintang recommended 👍

12mo ago

Terima kasih kak kongsi.

Search dekat fb TukangUrutPuanLily .. 5 therapists and really recommend 👍🏻

12mo ago

Terima kasih kak

try search kakmek confinement care.. ada urutan ikhtiar hamil

12mo ago

Akak pernah try dgn kekmek tu ? Berapa harga dia kak ?

awak pergi urut kat bondahaven

12mo ago

Akak pernah urut dgn bondahaven ?