Urutan peranakan

Hi. Saya baru berkahwin 10 bulan. Saya belum ada rezeki baby. Saya nak cari orang mengurut yg dipercayai area KL, Ampang, Damansara. Sesiapa ada contact orang mengurut boleh share ? #firstbaby #pleasehelp

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

penerangan dari doctor imelda balchin pakar o&g. Rahim wanita ialah salah satu organ dalaman. Penjual produk suruh anda scrub rahim dengan essential oil untuk melancarkan period? 🤦🏻‍♀️ Tak boleh. Mana boleh. Apa yang anda scrub hanyalah kulit di bawah pusat anda. Ini bukan kedudukan rahim wanita. Rahim wanita tak boleh kena scrub. Sila lihat dimanakan kedudukan rahim wanita di dalam tulang pelvis. Urut sengkak rahim yang jatuh? Tak boleh. Mana boleh. Urut rahim tidak boleh menaikkan peranakan. Sebab rahim tak boleh di urut. Sila lihat dimanakan kedudukan rahim wanita di dalam tulang pelvis. Urut untuk membetulkan kedudukan rahim untuk kesuburan? Mana boleh. Bahagian rahim mana yang anda boleh sentuh? Sila lihat dimanakan kedudukan rahim wanita di dalam tulang pelvis. Organ dalaman manusia tak boleh diurut. Marilah belajar anatomi manusia. Semua organ dalaman manusia dilindungi oleh rangka tulang manusia sebab Tuhan tak benarkan makcik bawang mengurut-urut dan mengganggu organ dalaman manusia. Otak tak boleh diurut sebab dilindungi di dalam tempurung kepala. Jantung tak boleh diurut sebab dilindungi di belakang tulang dada dan tulang rusuk. Paru-paru, hati (liver), limpa (spleen), buah pinggang (kidneys) tidak boleh diurut sebab dilindungi oleh tulang rusuk. Saraf tunjang tidak boleh diurut sebab dilindungi oleh tulang belakang. Jangan cuba urut. Rahim, ovari dan pundi kencing tak boleh diurut sebab dilindungi di dalam tulang pelvis. Bila hamil, di dalam tiga bulan pertama kehamilan, rahim masih lagi dilindungi di dalam tulang pelvis dan hanya akan membesar keluar dari tulang pelvis selepas 3 bulan kehamilan, iaitu inilah masanya uri telah terbentuk dan melekat dengan baik di dinding rahim, dan inilah masanya embryo sudah lengkap pembentukan semua organ badan dan dinamakan janin atau fetus. Selepas 3 bulan kehamilan, semua janin ada semua organnya dan hanya perlu matangkan fungsi organ dan membesar. Inilah waktunya rahim wanita keluar dari lindungan tulang pelvis dan membesar ke dalam abdomen wanita (bukan di dalam perut). Selepas bersalin, semua ibu diberikan suntikan syntocinon atau syntometrine untuk mengecutkan rahim dan rahim wanita tak perlu diurut. Doktor dan bidan di Hospital akan mengurut rahim di bilik bersalin hanya jika berlakunya pendarahan serious. Dalam masa 10 hari selepas bersalin, rahim wanita akan mengecut sendiri ke dalam tulang pelvis tanpa apa-apa bantuan dan kembali kepada saiz kehamilan 3 bulan. Dalam masa 4 hingga 6 minggu selepas bersalin, rahim wanita kecut sendiri kepada saiz yang normal tanpa apa-apa bantuan. Sebab inilah bila hendak buat Ultrasound scan rahim wanita, kita kena buat transvaginal scan dari bawah, bukan transabdominal scan dari atas. Jangan cuba mengurut-urut organ-organ dalaman manusia. Ada sebab anda tak dibenarkan kacau organ dalaman. Yang anda boleh urut hanya otot, ligamen, lemak dan kulit badan. Hanya bahagian badan di luar rangka manusia boleh diurut.

Baca lagi
1y ago

sy pun takpercaya benda urut2 ni . tapi ada je org yg lepas berurut, terus dia pregnant.