Pengalaman ‘Migrain’ Trimester 1
Hi all, saya baca ramai juga yang post tentang migrain ketika pregnant. During end of my first trimester, saya mengalami sakit kepala yang teruk. Sebelah kiri, kadang-kadang one whole kepala sampai ke bahu pun rasa sakit. Banyak kali MC sebab kerja saya menggunakan komputer. Saya jumpa empat orang doc termasuk doc kk. Semua doc berpendapat yang sama, waktu pregnant kita tak boleh declare sakit kepala tu as migrain selagi tak buat pemeriksaan secara detail (mri, dan lain-lain). Kalau sebelum kahwin pun ada sakit kepala doc akan tanya dah ada buat mri ke untuk declare you migrain sebelum ni. Dua daripda doc hanya beri saya panadol biasa as ketika pregnant kita tak boleh makan sebarang ubat, ada seorang sahaja doc yang bagi saya makan trimadol, all the pain hilang, tapi trimadol tak sesuai dengan saya sebab saya mula rasa side effect dan terus stop. According to doc, punca sakit kepala time pregnant ni banyak, antaranya adalah : 1) mual-mual dan muntah 2) kurang minum air 3) hormon pregnant 4) stress tempat kerja/keluarga/dll 5) power kerabunan bertambah Waktu sakit tu menyerang most of the time saya berdiri lama bawah shower, tidur sambil sapu minyak angin/bungkus ais dalam towel dan tidur sambil tuam kepala, tutup lampu bilik dan elakkan main hp dalam gelap. Saya amalkan buah kiwi dan air panas bagi elak rasa loya/muntah. Alhamdulillah sekarang dah tak ada sakit kepala melainkan kalau kerja saya banyak. If ada problem di tempat kerja/keluarga belajar untuk share perasaan instead of memendam perasaan. Alhamdulillah suami saya banyak membantu juga dalam proses ni dan sekarang dah masuk trimester kedua dah boleh berkerja dan memasak macam biasa. Kepada ibu-ibu lain, phase kita mungkin berbeza, be strong dan saya doakan rasa sakit anda cepat hilang ♥️😊