Feeling Down

Saya ada sorang kawan baik dekat office. Tapi maybe saya jelah kot anggap dia kawan baik. Kami kahwin jarak 2 bulan je. Skrg saya pregnant 5 bulan. Dia masih belum ada rezeki. Dia selalu mengadu dkt saya sedih lagi2 bila org compare saya dgn dia. Saya sentiasa tenangkan dia, cakap yg tu semua kerja Allah bukan kerja kita. Sabar lah InshaAllah mana tau dapat kembar pulak lepas ni. Kalau dia down dia mmg akan cari saya tapi kalau dia happy dia selalu cakap yg bukan2 pasal anak saya. Muka tak handsome lah, lembam lah, cacat lah bodoh lah. Sedih saya sebagai bakal ibu ni hari2 dok doakan anak sihat sempurna tapi dia boleh pulak doa mcm tu untuk anak saya?

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Samalah dengan saya. . Saya dgn ofismate tu beza kawin 2 bulan. Dia kahwin dulu tapi Allah nak uji, dia pjj dgn suami.. saya pulak kawin lepas sebulan terus lekat. Masa awal mngandung dia ucap tahniah. Lama2 dia mula layan saya teruk sdgkan saya xbuat apa2. Dia malukan saya depan cust. Dan saya memang betul2 terasa hati dengan perbuatan dia. Adakah saya salah mngandung dlu dari dia. Itukan kerja Allah. Alhamdulillah saya dah nak masuk anak ke2.

Baca lagi

Stay Away ja sis.. buat xtau. Allah maha kaya, dia bknnya sesiapa nk doakn pelik2 kt kita, tht y la kot yg Allah xbg dia pregnant lg.. sbb mulut xda insurance. hati dengki kt org ja keja.. Sya doakn sis tabah.. semoga baby dilahirkn dlm keadaan semprna, soleh & solehah, comel, bijak, kaya raya suatu hari nty, baik budi pekerti. Menbawa barakah kpda keluarga sis. Aminn

Baca lagi

Samalah dgn sy. Tapi tu perangai mil sendiri. Masa sy mengandung dia siap ckp ni bukan anak husband sy. Dia kata anak bangla lah. Nanti keluar hitam. Tapi skrg sy dah beranak dia tuduh ayah sy rogol sy pulak sbb anak sy muka mcm cina sbb sy ada kacuk cina sabah. Skrg tgh pantang dia tak habis2 suruh husband sy gi buat dna test. Alhamdulillah sy ada husband yg supportive.

Baca lagi

Mgkin it sebb Allah lambat turunk Rezeki anak untuk..ade sebab kenapa..supaya Allah nak dia sedar..sy pn ramai kawan sy yg belum ade ade anak.. sudah bpe tahun kawin.. tapi belum ada rezeki, Allah yang merancang ape yang terbaik untuk Kita..puan bersabar je..kuat kn semangat..Allah sentiasa ada dengan Kita..Amiin

Baca lagi

Awal officemate, sy ni kakak sendiri. Darah daging sendiri. Last2 sy buat tak tau je. Cakap lah apa nak cakap, hari2 sy doa supaya anak sy sempurna, jadi anak soleh/solehah. Apa org buat dekat kita, reflect diri dia balik. Ignore je.

Macam mana sis selalu mintak dia bersabar, sis pun kena amalkan sikap bersabar jugak. Ini yang dikatakan ujian orang lain2. Banyakkan sabar ye sis.

Ya Allah. Sabar ya sis. It reflects herself je bila dia ckp mcm tu psl baby sis. Jauhkan diri dari org mcm ni sis. Bagi mood negative je nnt kt sis.

Ya Allah..Kesiannya.sabarlah ya.. DOA Seorang ibu lagi power..Awak kena kuat.jgan sebab kata2 orang,Awak stress..kesian baby..

Mungkin sebab tu lah dia tak dikurniakan zuriat lagi. Jangannlah dengki dengan rezeki orang lain. Doalah supaya sama2 diberikan rezeki.

VIP Member

Mohon tabah sis...mungkin dy cemburu dngn rezeki sis..doa kan jer yg baik² untk dia..dan anak sis..#tabahkanhati