Hi. Saya ada PCOS. Now memang tengah follow up dengan hospital. 18/12/22 appointment yang terbaru. Sepatutnya saya kena ambik darah bila saya period. Tapi memandangkan saya tak period selama 6 bulan, doktor bagi saya ubat untuk period. Masa appoitment tu, doctor dah scan + dah buat UPT sebelum bagi ubat period. Keputusan negative.
Tapi bila saya balik rumah, selepas beberapa jam, UPT tu nampak 2 line tapi samar. Jadi saya teragak2 nak makan ubat yang doktor bagi. Keesokkannya saya cek, UPT tu awal 15 minit tak nampak. Beberapa jam lepas tu samar.
(saya tahu bila lepas 15 minit tak boleh tengok)
Tapi saya cek pula 2 hari selepas tu, yang samar tu pekat sedikit. (selepas 15minit)
Sekarang saya kerap buang air kecil.
Nipple saya agak sakit dan bengkak.
Boleh jadi awal kehamilan ke?