Nak jumpa psikiatri tapi suami tak bagi

Saya ada masalah kesihatan mental sikit, hari tu lepas jumpa doktor, saya bagitau pasal stres saya dan dia refer dekat psikiatri tapi suami saya tak bagi. Dia cakap duk rumah je rehat kat rumah. Tak tahu sebab dia malas hantar saya lagi banyak appt atau dia malu ke apa. Saya tak boleh nak pergi senyap-senyap sebab tak ada kenderaan dan kalau saya keluar, saya selalu mintak izin dan suami tahu saya ke mana. Punca kesihatan mental saya terganggu sebab suami saya jugak sebenarnya. Nak cerita details panjang sangat. Suami pun tak suka dengar saya meluah, dia cakap saya terlalu ikut perasaan dan emosi. Tapi kalau saya tak jumpa psikiatri, dekat siapa lagi saya nak cerita masalah saya? Dekat mana saya nak ubati kesihatan mental saya? Saya jenis pendiam dan suka pendam. Lepas saya kawin je saya suka bercerita dekat suami, tapi suami pulak tak berapa suka. Dia cakap dia dah penat kerja, balik rumah kena dengar cerita saya pulak. Padahal cerita saya bukan apa-apa sangat. Just random things bukan benda dia kena fikir. Dulu ada la mengadu sekecil-kecil benda, tapi lepas dia marah-marah saya, saya makin kurang dah bercerita kat dia. Saya pertama kali mengandung. Mungkin masih tak biasa dengan perubahan emosi ketika mengandung? Tapi saya nak jugak jumpa psikiatri. Takut stres lama-lama effect dia dekat kandungan saya baru 14 minggu. Dah bagitau elok-elok tapi dia macam tak nak layan dan tak nak bagi pergi.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy pon mcm sis , sakit mental health sb suami , skrg tgh mengandung dan bulan 11 ni nk bersalin , suami buat perangai kantoi curang , cam tahi betol , jd nasihat sy , klaw suami ignore awak , awk ada msalah nak bercerita telefon talian heal 15555 , klaw psy tu klaw sis rsa nak jumpa , jumpa je klaw rsa kena mkn ubat mkn , mcm sy , sy tahu sy ni triggered dgn suami , jd klaw dy ada depan mata mula la sakit sy dtg balik skrg dh 6 bulan pjj tu jd sampah tu , tp mental health sy ok , sy xmkn ubat , mmg mse dpt tahu kantoi curang tu panic attack anxiety semua serang . tp da ok sikit , xpe sis kuat , jangan menyerah . ok buat la pilihan tepat utk dri sendri . jgn menyesal kemudian hari

Baca lagi

saya sama mcm sis . masa mengandung anak first 4tahun lpas. saya usaha pergi sendiri naik moto kandungan masa tu 5/6bulan .suami xnak hantar saya ke hosp untuk saya pergi checkup psikiatri.. suami kata dia penat kerja .. saya okay je saya pergi je walau dh minta izin .. at least awak mesti ada seorang kawan yg dipercayai untuk bercerita atau meluahkan .. semoga urusan sis dipermudahkan .. jgn stress2 bnyakkan berdoa dan sayangkan diri sis dan anak dlm kandungan.

Baca lagi

just go.. jangan tunggu.. benda ni bukan main².. dalam hal ni awak kena selfish..kena kesian kan diri n anak yg bakal lahir..mental kena stabil sebelum awak bersalin..sebab lepas ada baby awak akan double penat n stress nak urus baby..Tu belum lagi orang sekeliling tak membantu awak.. kalau mental awak makin teruk time Tu.. sorry to say silap² suami awak pun boleh cari lain.. please love yourself.

Baca lagi

Daripada melarat sampai lepas bersalin jadi postpartum depression (meroyan) sebaiknya dapatkan early intervention, rawat awal. Apa2 pun kene minta izin suami ye, cakap awak tak akan susahkan dia, cari grab sendiri nanti boleh balik sendiri. Doa byk2 semoga terbuka pintu hati dia dan bagi awak pergi jumpa psikiatri

Baca lagi
2mo ago

laki nak senang je x nak srabut kepala otak.. sis, wktu preggy nie ptutnye waktu paling relax sbb baby xde lg.. tp klu skg pn sis rse stress, elok lah sis amek tindakan segera.. nant ade baby lg penat.. tgk gaya suami pun nant mcm x byk mbantu.. tkot mkin stress nant.. awak jgak yg kne hadap nant..

Lebih baik rawat skrg, daripada melarat kemudian hari. Kita ibu nak urus anak kena emosi dlm keadaan baik. Awk usaha order grab pergi sendiri check up utk kesihatan awk. Atau awk boleh hubungi talian online heal. Atau awk berbincang dgn doktor. Semoga urusan awk dipermudahkan 🥰

TapFluencer

maaf cakap .. suami awak terlalu toxic... awak x bole bergantung 100% pada dia.. saya harap awak kuat , untuk diri awak sendiri.. benda mcm ni x bole dibiar.. takut melarat.. nanti ada anak2 , anak2 pulak kena tempias... semoga dipermudahkan urusan awak...

dalam maqasid syariah ada bab menjaga akal, bab jaga nyawa. huhu dua2 ni dah berkait kan.. betul mak stress blh buat anak problem, sy baru terbaca smlm mmg ada study perkaitan masalah mkn tidur emosi anak dgn tahap stress ibu masa hamil.

TapFluencer

kalau ni awak bgtau dr yg suruh p, bagi je tarikh ,so nak taknak ke p . gpun bahaya, effect ke baby kalau strrss semua. at least bila jmp psikiatri , better sikit, even maybe byk app., janji dua2x okay, problem pun settle.

sis boleh cari kaunselor yg sediakan perkhidmatan online sementara ni.. kalau tak mampu byr fee kaunselor berdaftar boleh amik kaunselor pelatih utk bercerita.. sis search je kat fb kaunseling online