28 Balas
Setiap kali selepas mandi celek sedikit minyak celak kat ubun2, kedua2 kening, belakang telinga, kedua2 pelipat siku, kedua2 pergelangan tangan, kedua2 pelipat lutut dan pergelangan kaki.
yang saya tahu (pasal saya tanya mama saya) tentang cara guna minyak celak, kalau agak-agak nak keluar malam tu, baca 3 Qul, ayat Qursi selawat sikit kemudian hembus kat ubun-ubun baby
minyak celak ni di perbuat dari minyak kelapa yang di masak.Ia bertujuan untuk dicalitkan keatas dahi atau mana-mana anggota badan baby sebelum keluar rumah terutama pada waktu malam
Kenapa perlu ada minyak baby ni? Ramai mommies tak tahu ia adalah untuk menghindarkan bayi & kanak-kanak dari gangguan makhluk halus, menangis malam & gangguan semasa tidur.
Di sebelah utara di panggil atau lebih dikenali dengan nama minyak celak bayi. Di sebelah selatan lebih dikenali sebagai minyak sawan. Saya pernah je guna, beli dekat online shop
Hukum menggunakan minyak celak baby untuk mengelakkan gangguan makhluk halus adalah harus dengan syarat tidak menyakini minyak tersebut boleh menghalang makhluk halus.
Minyak celak baby adalah minyak kelapa ditambah dengan doa-doa khas yang terdapat dalam Al-Quran dan telah dipraktikkan oleh masyarakat melayu sejak berabad lalu.
MINYAK CELAK ialah campuran minyak sawit, lada hitam, halia, bawang putih & rempah ratus terpilih ditambah dengan doa-doa khas yang terdapat dalam al Quran.
Saya tak pernah cuba, tapi adalah tahu minyak celak baby ni adalah supaya melindungi baby tersebut dari gangguan entiti atau makhluk halus
Yang paling penting pakaikan minyak celak sebelum maghrib. Jgn lupa juga bacakan Ayatul Kursi dan 3 Qul semasa baby tido.