Ipar duai dgn mertua suka membandingkan

Salam semua,sy tak tahu la nk luah mcm mna,anak adik Ipar sy dgn anak sy sama taon,anak dia 5 bulan lebih anak sy 2 bulan lebih,anak dia fully breastfeed dan sngt chubby,anak sy plk trpksa guna fm sbb susu sy kering even dh perah setiap 2-3 jam…agak down ya smpi menangis sbb susu badan xde,ada pon 1oz ja bila perah…bila berkumpul satu fmly,smua pakat compre anak sy dgn anak dia,ckp anak sy kecik la,pstu pndg serong bila sy bg anak sy susu fm,dorang xtawu brtapa struggle sy pump susu smpai beli supplement nk susu bdan meriah…bukan skli dua ckp bnda sama bila jmpa,tp setiap kali jmpa setiap kali tulaaa kena banding…bole x bg sy kata2 positif,suami sy plk bila sy bercerta sy trasa hati dgn fmly dia,dia marah sy blk,sy xdk support😔 kesian anak sy,sy nk dpt anak bukan sng

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Waalaikumslm sis.. Xapa sis luah je kat sini. Ada ramai ibu2 yg sudi beri moral support insyallah. Apa yg sis alami ni sama mcm saya dan kebanyakan ibu2 kat luar sana. Apa yg saya buat ialah, saya dh tanam dlm fikiran saya. Ini baby saya. Allah bg amanah dan saya akn jg sebaik mungkin insyallah. Nak dpt baby ni bukn senang, sama mcm sis. Usia 40 baru dpt jadi baby ni sgt berharga buat saya. Baby kita mcm manapun rupanya, apapun warna kulitnya, kekurangan, kelebihannya kita sbgai ibu menerima dgn hati yg lapang. Sayapun x dpt nk bf sentiasa sis. Susu bdn sama mcm sis plg byk 2 auns je setelah berjam-jam perah. Jgn bimbang sis, ltk dlm kepala..asalkn baby tumbuh dgn sihat, tu dh cukup insyallah walau minum susu formula. Jgn down sis. Ank sis perlukan sis. Bergembiralah dgn kurniaan Allah sis. Be happy. Jgn sedih2 ye. Masa ni adalah masa2 yg indah antara sis dan baby. Cipta momen2 bersama. Baby sis kecik, nnti akn besar jgk. Mereka nk ckp smpai berbuih mulutpun sis xpyh kisah. Jgn duduk dkt mereka kalau mereka nk menghina2 dan merendah2kan sis. Lari jauh2 ok. Merekakan yg terbaik, terhebat dan semua ter tu mereka nk. Jadi, bagi jela sis. Jgn letak mereka dlm kepala sis. Kalau boleh elak org2 toksik mcm tu, elakkan. Hope sis dpt jaga baby baik2. Semoga Allah permudahkan dan jaga sis ank beranak. Amin!

Baca lagi

Isu susu formula vs susu badan ni sama je akan berulang tiap masa mcm isu bersalin normal vs czer. konon yg fully bf dgn bersalin normal je terpaling ibu yg bagus dan berkorban. rasa nak muntah bila ada yg nak agungkan dua tu 🤢 saya sendiri fully susu formula + czer. orang nak cakap itu ini saya belajar pekakkan telinga. for me, anak kita so terpulang kt kita yg besarkan. yg kemain reti komen itu ini bukannya sumbang duit utk besarkan anak kita, bukan dia yg tanggung sakit bersalin dan tk cukup tidur apa semua tu, so kita anggap diorang bazirkan air liur sambil kutip dosa jelah 😛 orang yg boleh fully bf ni mmg takkan sedar ada yg terkesan tk boleh nk bf walaupun dh cuba segala cara. bukannya kita jaga sambil lewa, bagi air masak bancuh dgn susu pekat ke kan. nak kata berkorban, kita pun berkorban duit apa beli susu formula tu. ingat murah? dapat pulak anak yg kuat menyusu. takpe puan, kadang org terdekat mcm suami sendiri pun takkan faham. sbb dia mana rasa struggle kita cuba sedaya upaya nk keluarkan susu badan tp tk boleh. puan kena cekalkan hati, belajar buat pekak dan tak ambik hati dgn kata-kata diorang. yg puan perlu fokuskan ialah puan dah provide yg terbaik utk anak puan. dah besarkan dgn penuh kasih sayang. dah berkorban pelbagai benda utk anak.

Baca lagi

Hi awak. I hope u r fine. Awak kena bangga tau sebab formula milk nie bukan murah. X kisah la awak bg susu formula murah ke susu formula mahal ke, awak tetap kena keluar duit nk beli susu anak. That's mean u have cashflow. Just think good thing. Its okay x dpt breastfeed baby, janji baby sihat. Lg 1, jauh tu nk banding2 kan 2 bulan lebih dan 5 bulan lebih. Lain la lahir bulan sama. Benda nie dlm mana2 family ada je yg spoiler, nk bandingkn semua benda. Awak buat relax je. X yh fikir sgt. Lg difikir lg kita stress. Kalau sy dah dok banding2 kn baby nie, sy put sign as 'dont touch my kid'. Mmg suami awak x kn support sbb tu kn family die. Buruk mana tu family die juga. Instead dr ckp dgn suami x dpt apa2, better la ckp dgn baby awak. Puas hati sikit.

Baca lagi
TapFluencer

Salam. Alhamdulillah mommy buat benda yang betul means dah usaha bf anak tu. Tak salah pun bila susukan anak dengan susu FM itulah function susu FM bila ibu dah takda kemampuan nak bagi susu badan. Nak jawab dengan orang berfikiran tidak terbuka susah. Biarkan je dan orang yang terlampau bangga dia mampu susukan anak bf pun biarkan je mommy. Sebab rezeki masing² tak tahu takat mana kan. Moga mommy kuat bila suami pula memang jenis tak support. Saya pernah jumpa orang macam ni dan saya tahu isteri dia lalui perkara yang sukar bila suami asyik back up family dia je. Mommy doakan supaya suami lembut hati dan nampak mommy struggle jaga anak ya . Moga dia akan faham apa yang mommy luahkan 💞

Baca lagi

Kesian nya sis, kalau sy, cuba elakkan jumpa diorg.. Kalau suami ajak balik umah mertua ke apa, bg la 1001 alasan utk mengelak.. Klu balik pun, duduk sekejap je, jgn berlama2,. Kita yg nak menanggung emosi.. Bab cari support, bykkan bersembang dgn kwn2 yg sama struggling bf, InsyaAllah sis akan rsa sedikit lega.. Budaya membanding ni takkan berlangsung msa anak baby je, nt dh sek bab result exam la,boarding skol ke x, spm anak excel x, anak masuk uni x, anak sapa kawen dlu, sapa dpt cucu dlu. So sis bersedialah sampai abg jamil mampus dia ulang2 tu.

Baca lagi

x kisah la ank kecik kee besar ke, cerah ke, gelap ke.. mmg akn ada jee org nak banding2kan. mmg mcm tue lah lumrah manusia. semua benda nak dibandingkan. apa yg pntg , ank sis sihat walafiat.. perkembangan sesuai dgn umur. just jalani kehidupan parenting dgn cara sis, xperlu nak ikut2 cara org kalau mmg x sesuai. lgpun kta yg jalani kehidupan kta sndri.. dorg cuma melihat dan berkata-kata. nex tyme bila dorg bandingkan, sis senyum je. xperlu sesakkan pikiran dgn kata2 mereka. nnt tmbh stress dan sis plak x bahagia dgn kehidupan sis sndri.

Baca lagi
TapFluencer

Kuatkan semangat, asalkan awak ada pendirian dlm mendidik dan membesarkan anak. Tak perlu terasa dgn perbandingan yg mereka buat. Sebab yg menghadapi anak tu awak dan suami. Mereka nampak setakat beberapa minit/jam je. Lagi 23 jam, awk dan suami yg hadap. Dgn suami, bila suami bersikap mcm tu, tak perlu luahkan pada dia pasal hal keluarganya. Asalkan suami care pasal awk dan anak. ok. syukur... sabar. Awak teruskan kehidupan dgn happy. Teruskan jadi ibu yg solehah ❣️🌻

Baca lagi

semoga diberi kekuatan hati utk sis. saya nak nasihat sis utk pedulikan je kata2 ipar duai tu pun xboleh sebab hanya sis yg mengalami nya. sis sahaja yg tahu perasaannya mcm mana. tp apa yg saya boleh cakap, mana2 sama je susu fm ke bf ke. asalkan anak tu membesar dengan sihat. dah x boleh nk bgi bf nak buat mcm mana, Allah x izinkan betul kan. takkan nk dipaksa juga. jadi xpe sis, fikirkan je utk anak sihat, jdi kena juga bagi susu. klau x kesian anak kelaparan.

Baca lagi

Yes mmg stress bila susu badan kurg esp for 1st time mom mcm saya kurg knowldge psal breastfeeding and pastu baby plak ada kuning. Tp bila saya and baby kena warded sbb kuning tinggi saya dah ubah mindset saya.bg saya baby mnum susu fm or susu ibu sama ja asalkan baby sihat.jgn dipaksa baby mnum susu ibu saja kalau dah tau tak byk.kesiakan baby kelaparan .insyaAllah ada rezeki lebih nnt 😊

Baca lagi

ada manusia yg xsensistif mcm ni. mcm sy Alhamdulillah,dpt rezeki susu meriag smpai ank 2 thun. dlu chubby la. tp start dh pndai mkn,memilih plk. kurus jdnya😂 ank kwn sy awal² jg dia kasi fm. ank dia smpai skrg chubby. mmg stress jgk bla org bandingkn ank ni. tmbh lg ank sy xberapa nk cerah. ank adik sy putih. hmm dok bandingkan aje. sy mlas amek thu. jrg² je blik kg

Baca lagi