Sekadar luahan perasaan
Salam semuanya. Maaf topik agak tak kena tapi saya cuma nak meluahkan perasaan. Saya takde tempat utk saya luahkan. Saya penat & sakit sangat2 bila kena silent treatment oleh suami sendiri. Saya mengaku saya bukan lah isteri yang sempurna. Saya banyak khilaf dan kekurangan saya. Saya ni mualaf. Baru beberapa tahun memeluk agama islam di atas kerelaan sendiri. Jadi kadang2 mungkin saya terlepas solat lepas tu saya selalu qada solat. Mungkin sebab kelalaian saya dlm bab solat & aurat, saya menerima kifarah sebegini 😥 korang faham tak perasaan bila kita kena silent treatment tanpa korang tau atau faham kenapa? Saya suka berbincang kalau ada benda yang tak kena tapi suami pula sebaliknya. Dia akan pendam sampai jadi macam ni. Entahlah. Doakan saya dan suami sama2 kuat ya utk menghadapi liku2 rumah tangga. P/s: lega sikit dah luahkan apa yg terbuku dalam hati. Sikit lagi rasa macam nak gila
Saya faham perasaan sis. Suami saya pun macam tu. Suami saya jenis soft spoken. Tak pernah tinggi suara. Tapi bila dia marah, terasa atau saya marah, dia akan auto senyap. Tak bercakap langsung. Buat hal masing2. Nak tau sampai bila? Sampai saya sendiri pergi kat suami, salam cium tangan sambil minta maaf. Walaupun kadang2 saya tak tahu pun apa salah saya. Sampai saya menangis minta maaf sebab saya buat dia berubah senyap sampai macam tu. Macam saya cakap, walaupun saya tak salah, tetap saya akan pergi minta maaf. In shaa Allah suami akan terus peluk saya n cakap saya tak salah. 4 tahun kami bersama, macam tu lah yang saya buat setiap kali suami tiba2 senyap tak bertegur. Kenapa? Sebab rumah rasa kosong bila keadaan jadi macam tu. Suami jalan kita nak ke syurga sis. Isteri senang masuk syurga, tapi nak berhadapan dengan suami lah paling susah sebenarnya. Semoga Allah sentiasa lembutkan hati kita untuk mudah ke syurga. Buang ego. Buat kerana Allah dan syurga Allah. *Solat jangan tinggal ya*
Baca lagiSaya tahu perasaan sis mcm mana. Saya pernah alami yang sama. Silent treatment dekat 3/4 bulan dah la tengah 2nd trimester masatu. Kadang saya pelik apa yang buat tak cukup, cuma ada la sikit culas buat kerja / layan suami tapi jadi isteri ni memang kena turun ego, mengaku je salah. Sampai tahap saya sendiri minta maaf dekat dia. And paling penting sis doa la banyak2 dekat Allah untuk lembutkan hati suami sis. Kita jangan balas balik apa dia buat dekat kita, kita doa je banyak2. Jadi isteri kena banyak sabar and doa. Alhamdulillah suami sekarang lebih faham bila kita apa2 semua dahulukan dia. Dan paling penting sis, jaga hubungan kita dengan Allah, nanti Allah jaga hubungan kita dengan makhluk dia :) . Jadi wanita ni tak mudah tapi inshaa Allah kalau kita terus sabar, tabah dan kuat kerana Allah, Dia akan tinggikan darjat kita disisiNya ❤️
Baca lagiawak xsalah pun sis.. mungkin mindset awk jerat perasaan diri sendiri.. skrg ni apa2 direct je kt suami.. dri benda diam lama2 hubungan Jadi parah.. suami silent treatment Dan sis anggap ibarat kifarah Sbb sis "trlalai" solat Dan qada blik takde kena mngena pun.. even Kita perfect mcm mana pun,klau psangan Ada perangai dia tetap Jdi juga.. suami pun xmaksum. dia pun manusia biasa Ada Salah juga..teruskan jaga solat,jga hubungan dgn Allah,dgn suami. klau tiba2 selisih faham ke gaduh ke, bincang.. Jdi diri sendiri. mcm sis ckp sis Jenis berbincang kalau Ada benda xkena.. aurat slow2 Jaga.. tak Ada msalah.. Dan jgn sikit2 Salahkan diri sendiri..
Baca lagiInsyaAllah awak. Tahun ni pun saya da start pakai tudung dah pergi kerja. Solat pun makin on time dah
m, silent treatment ni maybe Ada sebab dia. cuma Kita sebagai isteri kena bertanya la Kita Ada buat Salah silap ke apa. tapi, kalau jenis senyap xnk ckp bila Kita Tanya ni payah jugak. suami sy lebih kurang suami sis. tapi, dia hanya senyap sbb pelukan space utk brrdamai ngn perasaan. Lepas Tu, kalau Ada apa2 X kena dia ckp la. cuma DLM tempoh dia senyap Tu, sy cukup X suka. tapi dah dia perangai gtu...bagi je la ruang utk dia.. kita buat lamkerja kita sepanjang dia nk senyap tu
Baca lagiSama lah. Cuma saya terasa sangat2 kalau sampai tahap nak salam cium sebelum gi kerja tu dia tepis saya. Masa tidur, kaki saya tersentuh kaki dia , dia tendang kaki saya. Jadi, saya terasa sangat2. Saya respect space dia kalau dia perlukan space utk bertenang. Tapi tu lah…kecik hati saya sebagai isteri bila dia tepis saya, tendang kaki saya.
Faham,saya pun macamtu. Husb saya bukan jenis yang duduk satu table berbincang pasal masalah dan solusi. Cara dia awak luahkan je apa yang awak rasa tak kena kat dia,kalau sebelum tidur lagi okay. Pastu nanti cakaplah yang awak berharap masalah sekian2 tu kita sama2 selesaikan, sebab awak isteri dia dan dia suami awak. Paling penting kena jaga hubungan dengan Allah, kena bergantung harap pada dia dulu. Kena yakin kalau manusia tak boleh diharapkan, kita ada Allah.
Baca lagiSye x tw la hsband sis mcm mana.. Tp hsband sye pun kdg mcm tu.. suka pendam/diam.. sbb mls nak gaduh.. tp biasalah kita perempuan, lg ske mluahkn.. Kdg xde isu pun tp kte perempuan yg byk pikir.. snang awak tnye je, ada msalah ke.. klu suami ckp xde ape, xde ape la tu.. kdg stress tmpt kerja..
sis @anon, sama suami saya haha. kalau dah nampak takde mood tu, jangan kacau. biarkan je. kadang nampak macam dia stress muka tegang je, kita main intai2 je muka dia, cakap dengan dia lembut2, buatkan air fav dia etc. jangan tunjuk mcm kita nampak dia stress and kita cuba nak bincang pasal tu. paling lama few hours, nanti dia okay. mcm sis @farah cakap, kadang dia stress kerja atau benda tak berkaitan kita. jadi kita just macam offer tempat untuk dia bermanja, release stress dia, nanti dia okay. bagi dia tidur ke main game ke sejam dua pun jadi jugak 😂
solat ni kena paksa sampailah kita ikhlas. jgn ikut mood sebab syurga tu mahal. Cuba cari masa yg mood dua2 okay, takde gangguan sangat, mntk nak bincang dgn husband. cakap elok2
InsyaAllah bila mood dia okay sy akan tanya dia elok2. Walaupun sy tak tau bila. Dulu dia pernah tak endahkan sy selama 3 bulan. Kalini tak tau berapa lama😢
Terima kasih atas nasihat korang🤍 lega sikit dah meluah kat sini. InsyaAllah semuanya akan baik2 saja. Semoga Allah pelihara rumahtangga kita semua ameen😀
pergi kt suami mintak maaf kt dia even kita xde buat salah kt dia.. insyaAllah elok