Impak trauma selepas bersalin czer

Salam semua syaa just nak luahkan perasan.. tlg jgn kecam ye.. hari ni dah 37 hari sy bersalin anak sulung dan insha Allah akn jadi ank tunggal saya. alhamdulillah suami membantu dari segi fizikal dan emosi.. Dah beberapa hari berlalu since sy selesai bersalin saya dah cuba habis fikir dan istighfar byk2 ttg perasaan sy yg bercampur-baur ni terhadap anak sy tapi sy x dpt nak buang fikiran tu mcm x dpt elak.. seakan2 perasan yg x berpuas hati.. Sy x dpt nak terima anak sy sendiri… sy ada perasaan reejct dgn baby tu.. jujur sy ckp tapi sy x luahkan dgn kata2 la saya mcm x dpt nak mengaku baby tu anak sy.. saya ada fikir kemungkinan ini impak sy bersalin.. sbb sy trauma dgn pengalaman pertama sy bersalin di kerajaan 😭 lebih2 lagi lepas operation czer.. sy dipaksa Pastu diperli lagi utk gerak tapi badan sy mmg masa tu lemah… sy jadi burnt out. Naik hantu dgn suami sy selepas keluar dari wad.. letih sgt dgn x cukup tidur Pastu hari2 pg klinik sbb anak kuning.. sy jadi terlampau sedih, stress, depression semua sekali ada. hasil dari ni, sy terus x dpt nak accept yg diri ni sebagai ibu. Saya x bersedia jadi ibu. Dan sy ada ckp dgn suami yg sy mungkin x ditakdirkan utk jadi seorang ibu kepada anak wlupun sy yg mengandungkan dia.. Pengalaman pertama beranak ni buat sy jadi gila. Trauma dgn apa yg berlaku. X seindah spt yg sy rancang. Actually plan nak beranak kt swasta tapi husband larang n keep on cakap yg dia x mampu walhal sy kata sy pakai la emas saya nanti sy pajak n hasil pajak tu bole la sy pakai utk beranak swasta kan tp dia larang. Jadi sy x puas hati dh start dari ni.. Pastu sy x puas hati pengalaman sy beranak kt gov sbb nurse sana jahat.. dan sy jadi burnt out habis sejurus selepas keluar dari wad.. balik rumah terus sy teriak n marah2 kt suami sy.. lepastu nama anak pula suami x bagi sy letak nama yg saya cadangkan jadi saya jadi sedih berganda.. impak dari ni kan buat sy x puas hati dgn anak sy sendiri 😭 bila sy pandang anak pula sy jadi x puas hati dan x nak terima anak tu.. klu lah suami sy bagi sy beranak czer kat swasta sy rasa semua benda ni x kan terjadi 🥹 sbb experience beranak dah elok dah insha Allah yg lain akn menyusul begitu la sy fikir.. lagi pun emas yg sy ckp tu mmg emas sy hasil sy kerja sendiri bukan suami beli jadi sy mmg ada hak utk buat apa saja tapi dia larang pula 😭😭😭 sy benci la mcm ni buat sy xda semangat jadi first mom.. sorry ayat lintang pukang sbb otak dah kusut sgt…

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi. Saya baru bersalin 6/12. Anak saya kurang gerak. Induce pada genap 39w. Anak first juga. Pregnancy yg saya tak rancang. Masa bersalin doktor dok ulang2 ayat ‘dia nie tak pandai meneran’ waktu saya tengah kerah tenaga nak push. Saya bersalin normal tetap kaedah vakum. Baby saya fetal distress pada bukaan 10cm, dah berak and dikejarkan ke NICU. Saya rasa saya dah jadi mak yg gagal. Dpd pukul 8pm masuk LB, pukul 4am baru saya ditolak keluar dpd LB masuk wad, nurse tolak naik trolley bukan wheelchair mcm org lain, tangan saya berdrip. Nurse LB pesan rehat la 1 jam nanti baru bangun ke toilet tukar pad and bersihkan diri. Pukul 4.30am ada nurse wad datang tanya dah tukar pad belum and perli saya setakat bersalin normal apa la sangat nak compare orang yg 2x czer. Dia kata saya nie tak prepare mental & fizikal. Dia kata buat apa dalam LB lama lama, tidur je bukan berlari pun. Lol bayangkan depan patient lain saya kena condemn. Koyak ooo, tapi saya diam je. Pukul 8am saya nak lelapkan mata, saya kena kejut dgn nurse lain. Katanya jangan asyik nak baring aje, kena duduk kena nampak aktif baru boleh discharge. Tapi doktor yg datang check saya kata saya takboleh discharge hari yg sama sebab saya bersalin vakum and perlu dipantau. Anak saya dalam inkubator. Sana sini riuh dalam wad ‘patient katil 21 balik esok, anak duduk dalam box’. Nurse yg perli saya tu? Tak mampu nak bertentang mata. Tapi ada je nurse lain yg baik, yg support emosi saya. Saya cakap dgn husband cukup la nie 1 je anak. Saya tak ready mental. Tambah pulak saya ada depression & anxiety. Nurse LB alhamdulillah ok. Nurse wad macam gampang. Anak discharge NICU, kerap nangis lak. Direct feed taknak, dia dah biasa fast pace minum pakai cup. Arghhhh lagi saya tension. Dia nangis taknak saya direct 40 hari. Org lain dia nak, saya dia taknak. Kalu saya dekat je, meraung melalak taknak saya. Fuhhhh sampai la saya berubat. Baru elok. Walaupun pengalaman kita berbeza tapi saya sesungguhnya faham perasaan tak ready tu. Perasaan keliru. Kadang rasa kalau aku prepare dpd awal, mesti semua smooth. Sampai tahap saya cakap direct dgn doktor masa jahit ‘saya nie mak yg gagal, first day dah failed. Bodoh tak pandai teran, anak kena masuk NICU’

Baca lagi
3y ago

Sis walaupun pengalaman kita berbezatapapa susu luahkan sama dgn apa yg sy rasa. Pregnancy x dirancang. Cek dah 4 bulan nak gugur dah x dpt sbb sy blom ready nak jadi mom. Induce 3x fail last2 sy czer sbb x tahan kena seluk. Lepas czer saya berubah dari segi emosi 360. Sy awal2 dah ckp dgn husband x nak anak lagi dah cukup 1. Sampai sy ckp KLu pregnant lagi sy akn gugurkan. Dia pun setuju sbb sy x fit dari segi fizikal sbb ada penyakit. Anxiety dan depression lagi. During Postpartum sy koyak habis… ank pun x nak direct feed sbb nipple x timbul. Hanya kita yg mengalami yg faham diri kita.. even Family sendiri pun x faham.. hanya mampu bersabar…