Soalan kepada yang muslim

Salam semua. Saya nak tanya, sy masih larat solat berdiri semasa mengandung di trimester 3. Cuma sy rasa terseksa bila solat berdiri. Bila terseksa, rasa tak khusyuk dan tak dapat sebut bacaan dalam solat dengan sempurna. Kadang setiap rukun solat juga tak sempurna sebab sy takboleh nak rapatkan kaki. Sy rasa terseksa kerana kaki rasa mencucuk2 bila berdiri lama dan terhimpit perut semasa sujud/ duduk antara 2 sujud/ rukuk. Soalan sy, dalam situasi ini boleh ke sy solat secara duduk atas kerusi? Dan betul ke kalau masih larat berdiri kena mulakan takbiratul ihram dgn berdiri dahulu kemudian baru duduk? Dan kena sujud seperti biasa walaupun solat duduk?

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

pnglmn saya, sejak 37w sy dh mula solat duduk sbb kaki bengkak, xblh nk berdiri lama..jd masa takbir, rukuk mcm biasa, bila nk sujud baru duduk di kerusi. boleh rujuk cara solat secara duduk.

Saye mase sujud, tahiyat awal & akhir je duduk atas kerusi. Rukuk dan lain saye berdiri macam biase. Ikut kemampuan sis, kalau dh tk larat boleh je solat duduk.