Solat duduk

Hi semua. Nak tanya mommies dah start solat duduk ke? Start week berapa? Sy baru 31w, rasa boleh solat mcm biasa lagi cuma nak sujud tu rasa senak dkt perut. Kaki okay lagi takde lenguh2 utk solat

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sis ja yg tau mcmana keadaan diri sis. solat duduk tu kemudahan jika tak larat nak solat spt biasa. kalau sakit sgt,tak larat nak berdiri lama,dibolehkan solat duduk. kalau sy,sampai dah nak dekat bersalin pun masih boleh solat mcm biasa.

Saya sama dgn sis 31 weeks masih lagi solat mcm biasa , cuma nk bangun dri sujud tu berpeluh jgk laa rasa perut senak lpstu tiba2 baby mengeras 😂 Alhamdulillah masih mampu lagi solat berdiri

Sy start solat duduk masa 4bln lps jatuh toilet.. Prgelangan kaki bengkak smpai dh 8bln xsurut..actually depends pd kekuatan diri sndiri, itu keringanan yg Allah bg buat ibu hamil..

saya solat dudk start 20weeks..sbb masa sujud susah nk berdiri balik..sy solat duduk tu time nk sujud je duduk kerusi..x payah all the way duduk...yg lain mcm biasa..

sama la kita 31w 😊 sy kdang2 akn sakit blakang sngt nk bgn balik tu susah jdi sy dh start solat duduk. tpi ada hri rsa mampu berdiri, sy diri.

VIP Member

Saya 27w da start solat duduk untuk bhgian rukuk dan sujud sebab mengah dan berat bila nak bangun . Mulakan dgn berdiri .

Saya week 28 dah start solat duduk, kaki saya lenguh2 and tak lepas nak sujud sebab perut 😂