Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor, Speedoc.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Cuaca yang tidak menentu ketika ini telah menyebabkan ramai bayi dan kanak-kanak mengalami demam, selsema dan batuk. Sebagai ibu ayah, anda pastinya berasa susah hati dan tertanya-tanya apakah cara terbaik untuk merawatnya. Cara mengurus demam, batuk dan selsema ada pelbagai kaedah. Namun ibu ayah perlu tahu bahawa setiap rawatan yang diberikan kenalah betul dan selamat. Untuk Sesi Tanya Pakar kali ini, jom minta pendapat dari Pakar kami. Tanya soalan anda tentang cara mengurus demam, batuk & selsema anak bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor dari Speedoc pada 13 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor, Speedoc.
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Doktor, adakah normal utk kanak-kanak umur 4 tahun utk selesema lebih dari 1 bulan. Sbb anak sy sejak baik demam, selesema dia masih ada sehingga sekarang.

3y ago

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pn Nurul Aniyyah, Sorry to hear that. Jika selesema melebihi 1 minggu, amatlah disarankan untuk bawa berjumpa doctor, untuk memastikan ia bukan jangkitan kuman bakteria yang menyebabkan masalah ini. Faktor- faktor lain juga perlu di terokai, untuk membezakan jangkitan kuman dengan allergy rhinitis.