Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor, Speedoc.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Cuaca yang tidak menentu ketika ini telah menyebabkan ramai bayi dan kanak-kanak mengalami demam, selsema dan batuk. Sebagai ibu ayah, anda pastinya berasa susah hati dan tertanya-tanya apakah cara terbaik untuk merawatnya. Cara mengurus demam, batuk dan selsema ada pelbagai kaedah. Namun ibu ayah perlu tahu bahawa setiap rawatan yang diberikan kenalah betul dan selamat. Untuk Sesi Tanya Pakar kali ini, jom minta pendapat dari Pakar kami. Tanya soalan anda tentang cara mengurus demam, batuk & selsema anak bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor dari Speedoc pada 13 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor, Speedoc.
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai dr. selamat pagi. baby umur 6bln sudah boleh bagi ubat ke? selsema dan batuk. kerap sangat selsema dan batuk sekarang. apa solution selain daripada bagi ubat ye? boleh bantu saya..

3y ago

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pn Zullizulaikha, Ubat selesema dan ubat batuk tidak disarankan untuk di berikan pada umur kurang 2 tahun, dan jika perlu, haruslah dapat kan nasihat dari doctor yang merawat. Cara lain yang boleh dilakukan adalah menggunakan saline irrigation untuk hidung dan sedut hingus menggunakan mucous nasal aspirator bagi membantu bayi yang selesema dan melakukan chest percussion untuk bayi yang batuk, untuk meredakan kahak. Cara untuk mengelakkan dari recurrent upper respiratory tract infection, adalah melalui: 1/ Penjagaan hygiene, pastikan pencucian tangan sebelum dan selepas makan, elakkan anak dari masukkan tangan atau benda asing kedalam mulut 2/ Elakkan bawa anak di kawasan umum yang sesak 3/ Pastikan imunisasi di ambil mengikut umur 4/ Pastikan pemakanan yang sihat dan seimbang 5/ Elakkan anak dipegang atau dicium oleh orang yang tidak sihat