Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor, Speedoc.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Cuaca yang tidak menentu ketika ini telah menyebabkan ramai bayi dan kanak-kanak mengalami demam, selsema dan batuk. Sebagai ibu ayah, anda pastinya berasa susah hati dan tertanya-tanya apakah cara terbaik untuk merawatnya. Cara mengurus demam, batuk dan selsema ada pelbagai kaedah. Namun ibu ayah perlu tahu bahawa setiap rawatan yang diberikan kenalah betul dan selamat. Untuk Sesi Tanya Pakar kali ini, jom minta pendapat dari Pakar kami. Tanya soalan anda tentang cara mengurus demam, batuk & selsema anak bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor dari Speedoc pada 13 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nur Ariffin, Medical Doctor, Speedoc.
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kalau baby batuk..demam n selesema mcmne rawatannya... boleh ke buka aircond ketika cuaca sgt panas sperti skrg ni?.. tak sejuk ke baby nanti?

3y ago

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Jika baby selesema dan batuk, harus dapatkan rawatan doctor untuk menilai keadaan bayi dan kesusaian ubat bergantung pada umur bayi, kerana ubat selesema dan batuk yang dibeli ‘over the counter’ tidak sesuai digunakan untuk kanak kanak kurang 2 tahun. Cara lain yang boleh dilakukan adalah menggunakan saline irrigation untuk hidung dan sedut hingus menggunakan mucous nasal aspirator bagi membantu bayi yang selesema dan melakukan chest percussion untuk bayi yang batuk, untuk meredakan kahak. Cara until mengurangkan panas badan adalah menggunakan 1/ Paracetamol - boleh diberikan pada umur melebihi 2 bulan, namun dos adalah mengikut berat badan, oleh itu harus melakukan konsultasi bersama doctor sebelum memberikannya 2/ Lap badan menggunakan air suam di seluruh badan Ya, boleh, namun suhu bilik haruslah di biarkan antara 24-26'C, dan bayi juga disarankan untuk memakai pakaian tipis dan tidak berlapis atau tebal