Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Bagi ibu dan ayah yang baru sahaja menimang cahaya mata pelbagai perkara penting mengenai pengurusan bayi yang perlu dipelajari. Salah satunya menyendawakan bayi selepas menyusu. Namun, ramai ibu bapa yang mengalami masalah bayi kerap muntah walaupun sudah disendawakan. Adakah ia perkara normal atau ibu ayah perlu risau? Adakah teknik sendawa yang dilakukan tidak betul caranya? Apakah terdapat beberapa faktor yang mendorong bayi muntah selepas disendawakan? Jika bayi anda mengalami masalah yang serupa dan inginkan tips dan rekomendasi dari pakar, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang Gejala Bayi Muntah bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist, Pantai Hospital Ayer Keroh pada 12 Januari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist
6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi Dr. Saya dah sendawakan anak saya yang berusia 30 hari. Bila dia dah sendawa, tak lama tu dia muntahkan susu. Adakah itu susu lebihan atau macam mana? Dan satu lagi muntah susu yang mengeluarkan lendih susu. Thanks doc

3y ago

Memang biasa untuk bayi muntah sedikit selepas susu. Saluran pemakanan bayi ada 'pintu' yang bertujuan untuk menghalang susu yang masuk ke dalam perut daripada 'naik ke atas' semula. 'Pintu' dalam sistem penghadaman bayi masih tidak matang dan mungkin tidak berfungsi dengan elok. Oleh kebab itu, susu lebih cenderung unduk 'naik atas'. Cara- cara untuk mengelakkan bayi muntah adalah berdasarkan konsep ini - memberi susu dalam upright position boleh mengurangkan kejadian susu 'naik atas' - sekiranya jumlah susu yang diberi terlalu banyak pada masa yang sama, risiko susu 'naik atas' lebih tinggi. Sebab itu, kita akan sarankan untuk memberi jumlah susu kurang tetapi lebih kerap Sekiranya bayi muntah dengan banvak dan berat bayi tidak meningkat, sila bawa bayi untuk pemeriksaan yang lebih lanjut dari doktor. Muntah bayi yang mengandungi lendir adalah normal. Tetapi sekiraya bayi kerap muntah dan setiap kali muntah bayi mengandungi banyak lendir, ini mungkin tanda yang bayi ada jangkitan