Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Bagi ibu dan ayah yang baru sahaja menimang cahaya mata pelbagai perkara penting mengenai pengurusan bayi yang perlu dipelajari. Salah satunya menyendawakan bayi selepas menyusu. Namun, ramai ibu bapa yang mengalami masalah bayi kerap muntah walaupun sudah disendawakan. Adakah ia perkara normal atau ibu ayah perlu risau? Adakah teknik sendawa yang dilakukan tidak betul caranya? Apakah terdapat beberapa faktor yang mendorong bayi muntah selepas disendawakan? Jika bayi anda mengalami masalah yang serupa dan inginkan tips dan rekomendasi dari pakar, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang Gejala Bayi Muntah bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist, Pantai Hospital Ayer Keroh pada 12 Januari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist
6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Dr, Bagaimana cara untuk elak bayi muntah dan colic bila anak susah untuk sendawa selepas menyusu. Tq Dr

3y ago

Bayi yang breastfeed mungkin akan lebih susah unduk sendawa. Sekiranya bayi susah sendawa, cuba posisi yang berlainan contohnya letak bayi pada bahu atau sendawakan bayi 'in sitting position. Sekiranya tak berjaya, mak boleh cuba mengurut perut bayi dan gerakkan kaki bayi macam 'riding a bike'. Mak juga boleh cuba peluk bayi sambil berjalan-jalan. Sekiranya masih tidak berjaya untuk sendawakan bayi dan bayi tidak kelihatan tidak selesa, jangan khuatir. Gas dalam perut bayi, kalau tidak dapat dikeluarkan melalaui sendawa, bayi akan keluarkan gas melalui kentut. Cara- cara untuk elakkan muntah: - memberi susu kepada bayi secara menegak (in upright position) - selepas minum, jangan terus baringkan bayi. letak bayi dalam posisi di mana kepala bayi lebih tinggi daripada perutnya - kurangkan jumlah susu tapi memberi susu dengan lebih kerap