Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Bagi ibu dan ayah yang baru sahaja menimang cahaya mata pelbagai perkara penting mengenai pengurusan bayi yang perlu dipelajari. Salah satunya menyendawakan bayi selepas menyusu. Namun, ramai ibu bapa yang mengalami masalah bayi kerap muntah walaupun sudah disendawakan. Adakah ia perkara normal atau ibu ayah perlu risau? Adakah teknik sendawa yang dilakukan tidak betul caranya? Apakah terdapat beberapa faktor yang mendorong bayi muntah selepas disendawakan? Jika bayi anda mengalami masalah yang serupa dan inginkan tips dan rekomendasi dari pakar, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang Gejala Bayi Muntah bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist, Pantai Hospital Ayer Keroh pada 12 Januari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist
6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Dr, bayi saya baru usia 16 hari. Kadang kadang dia muntah susu selepas disusukan dan makin kerap menyusu sehingga mencecah 4oz sekali. Adakah normal? Memandang bayi saya ada kuning, Doc KK suggest utk mix susu dgn susu formula. Saya dapati bibir anak saya jadi gelap selepas minim susu formula...Ada kah normal Dr?

Baca lagi
3y ago

Bayi muntah lepas susu adalah normal sekiranya jumlah muntah adalah sedikit dan berat bayi masih naik. Cuba sendawakan bayi selepas 1-2 oz susu dan juga selepas susu. Beri susu dalam 'upright position' dan selepas susu jangan terus baringkan bayi. Letak bayi di posisi di mana kepala bayi lebih tinggi daripada perut ( prop up position) untuk mengurangkan insiden muntah. Apabila bayi semakin besar, keperluan susu juga akan meningkat. Biasanya, bayi akan berhenti minum apabila dia dah kenyang. Sekiranya mak rasa jumlah susu yang diminum terlalu banyak dan rasa ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan bayi muntah, mak boleh kurangkan jumlah susu tetapi memberi susu lebih kerap. Susu formüla tidak menyebabkan bibir jadi gelap. Sekiraya bibir jadi gelap atau biru, ini mungkin satu tanda yang kandungan oksigen yang kurang dalam badan. Lebih baik kalau mak bawa bayi untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor.