Keputihan di awal kehamilan

Salam Sejahtera Mommy2 semua.. Saya sedang hamil 8w2d sekarang dan baru je scan di klinik swasta dan alhamdulillah nampak jantung baby berdegup2. Cuma, saya terlupa nak beritahu Dr yg saya ada keluar keputihan. Keputihan berwarna kuning cerah, tiada gatal. Soalan saya: adakah saya perlu ke klinik swasta ataupun terus ke Klinik Kesihatan Kerajaan? (Saya belum buka buku merah). Adakah tindakan Dr sama jika ke kerajaan/swasta? Soalan Kedua: Apa prosedur yg biasa dibuat oleh Dr jika kita ada keputihan? Memang wajib masukkan muncung itik untuk ambil sampel kah? Atau terus beri ubat? Keputusan sampel ambil masa berapa lama? Maaf saya banyak tanya. Harap mommy2 yg ada pengalaman sudi jawab. Terima kasih ya. Ini kehamilan kedua saya, yg pertama keguguran.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Alhamdulillah tahniah. Sis boleh dah tu bukak buku pink sebab baby dah ada hearbeat kan. Sy aritu 7weeks dah buka buku pink. Utk keputihan berbau atak tak better refer kk yg checkup nanti ya sebab kemungkinan dia ambik test, bila ada keputihan ibu2 mengandung boleh kena gbs, keputihan ni kuman which is tak baik utk baby mcm tulah. Sy ni pun nxt appointment nk mintak nurse check.

Baca lagi

Sebelum start kasi ubat (pessary) dr akan masukkan paruh itik dan ambik swab. Keputusan makmal ambil masa dalam 5-7 hari, tapi ubat pessary tu dr akan kasi lepas diambil swab tadi. So malam tu sebelum tido masukkan ubat ke dalam vagina. Kene jumpe dr balik lepas seminggu nak tgk result swab.