Pil perancang vs migraine
Salam, nak tanya ada tak di kalangan ibu² yang mengalami migraine dgn aura (cth cahaya terang, bunyi yg bingit, cuaca panas & sbg nya) atau migraine tanpa aura seterusnya ada mengambil pil perancang kehamilan. Sewaktu nak start ambil pil perancang tu, adakah ibu² semua berjumpa doktor atau nurse terus bagi je?. Ini sy hanya nak berkongsi maklumat, sebab sy pun br tahu. Sy memang ada migraine dgn aura semenjak umur 18tahun & mengambil pil perancang selepas bersalin ank ke2 selama 18bln. Kebelakangan nie migraine sy semakin teruk & wajib makan ubat migraine setiap kali period. Minggu lepas sy ada berjumpa doktor di klinik uia kuantan, doktor tersebut bagitahu untuk penghidap migraine dgn aura atau tidak aura berumur 35tahun ke atas sebenarnya tidak digalakkan mengambil pil perancang sebab itu mengandungi hormon yg boleh meningkatkan risiko strok kepada penghidap migraine. Sekiranya ada dalam kalangan ibu² disini penghidap migraine & mengambil pil perancang, sy nasihatkan ibu² utk berjumpa doktor. Sy sudah tidak dibenarkan mengambil sebarang pil perancang atau iucd yg ada hormon. Kerana itu akan meningkatkan risiko kesihatan pada sy.
mami 2 org anak