Pengalaman

As salam n hi semua. Ini mungkin kali terakhir saya post kat sini atau jika ada rezeki saya mengandung lagi lepas ni saya akan download balik apps asean parents ni. Gambar test upt tu merupakan suatu pengalaman, kenangan paling manis dalam hidup saya. Tak pernah dapat double line mcm tu, ini adalah kali pertama dalam usia perkhwinan 4tahun saya. Semestinya sangat manis untuk saya dan suami. Tapi siapa jangka,takdir Allah untuk saya, gambar test upt apabila dilihat sebelum ini membuatkan diri ni happy,sekarang sudah menjadi kesedihan pada hidup saya. Kandungan saya gugur usia dia 7 minggu. Pada permulaan, doktor xdapat detect kndungn dlm rahim. Mungkin katanya masih terlalu awl,lntas diminta untk dtg selepas 3 minggu. Masa ni lepas je test guna clearblue,esk tu trus pegi scan di poliklinik tluk kmbar. Ini krn saya sblm sya test tu mlm tu jugak msa buang air kcil,trdpt darah kluar walaupun sdikit saya jd rsau. Lntas esknya tu bila scan jumpa doktor, saya trus bg tahu pdnya. Doktor ckp mungkin saya ada buat kerja berat. Setelah hari tu,memang dah xde darah dah. Hari2 saya berlalu dgn kegembiraan krn ada zuriat dlm rahim saya. Saya beranggapan mcm tu la. Suami pun makin brtambah caring. Semestinya saya berasa sgt gembira,ditambah pulak setelah 4 tahun kami menanti,dan bulan februari merupakan ulang tahun perkahwinan kami. Sebagai tanda syukur dan saya anggap bagai sedekah semoga Allah jaga saya dan bby,saya sanggup spend duit belanja family saya baju raya walaupun baru bulan 1. Namun, kegembiraan saya tak lama. Minggu lepas, benda paling saya takut jadi kat saya. Setiap kali saya nak buang air kecil, mesti saya akan check sama ada, ada darah ke tidak. Selalunya hanya ada cecair putih biasa je, tapi hari khamis tanggal 28/1/2021. Masa masuk toilet utk solat asar,saya check mcm biasa. Mimpi ngeri terjadi, dimana terdapat darah pada faraj saya. Non stop. Saya menangis,berdoa moga tiada kejadian buruk terjadi. Saya tunggu suami saya pulang dari jam 6 hingga 10 malam. Terus pergi hospital untuk check. Macam hri tu jugak, doktor scan xnmpk bby dalam rahim. Dan agak kecewa doktor ingat saya ni late period je. Tapi diorang minta utk buat urine test lagi sekali. Dan resultnya positif,baru la nampk mcn diorang kalut check bhgian bawah smua. Setelah itu diorang hntar ke hospital besar pulau pinang. Disana pulak, doktor scan atas perut tetap tak nampak baby dalam rahim, even kantung sekalipun. Check bahagian bawah pun takde. Malu tu pun dh hilang sbb cuma ingat baby je sekarang. Diorang ambik blood test dan bagi result keesokan pagi. Pagi2 je lepas subuh terus call ,mintak admit ward kerana bacaan darah saya tinggi yg bermaksud,saya dh mengandung lma dh. Tapi diornag xjumpa bby even kntung pun dalam rahim saya,diorang takut saya jadi kandungan luar rahim. Kat sana dah jumpa pakar semua ,tetap result sama. Tapi darah stop keluar dah masa tu. Darah ada balik masa diorang keluarkan batang yang diorang scan pada bhagian bawah tu,doktor cakap takut saya dah gugur ni sebab darah keluar banyak. Tapi saya dh tak kisah andai kata gugur ,saya dh redha. Berbanding luar rahim yang perlu dipotong tiub fallopian tu. Baby pun bkn boleh diselamatkan. Tambahan pula saya ni belum ada anak, so saya takut la effect lepas tiub dipotong. Hari ahad baru la test darah ambik semula, hari sabtu sebelum tu. Memang stay kat ward xda buat apa. Memang orang kata rest je la. Bacaan darah menurun walaupun masih tinggi,tapi doktor cakap kiranya kandungan saya tak menjadi la. Saya bagitahu memang ada keluar darah jugak sikit2 hari ahad tu,dan saya dah mula sakit perut. Agak kecewa juga,doktor macam menanggap keguguran diawl ni benda biasa. Bila ditanya kenapa jadi,mcm nk elak semua. Agak kecewa la dengan jwapan smua. Sebab smua in bnda biasa je kan gugur awl2 kndungan. Tapi kami yang menanti lama dan berharap ni macam mana perasaanya. Saya boleh discharge. Sekarang tunggu je la kandungan ni keluar sendiri. Sakit memang sakit. Sedih pun ada,tengok asam saya makan masa saya loya dulu pun sedih. Kenangan kan. Owh ya, lupa nk cakap. Bila keguguran berlaku, apa saya baca di internet sedikit sebanyak siptom kehamilan dah mula berkurang. Macam saya dua hari sebelum darah turun,saya dah tak rasa loya dah. Bagi saya agak pelik la. Tapi saya anggap Allah nak mudahkan urusan saya buat kerja kut. Lama2 sampai saya dok kat ward, breast saya dah tak sakit mcm sebelum2 ni. So dari situ saya dh mula redha, walaupun doktor xbgi result lagi. Pesakit dekat ward bagus2 semua. Bagi kata2 semangat kat saya, kata ada tu rezeki lain. Tetapi saya agak trauma,kerana takut benda boleh berlaku lagi sekali. Masa saya bru tahu saya mengndung. Saya banyak berzikir "Allah Maha Kekal" ini saya dapat tips dari internet. Saya xingt bila saya cri doa elak keguguran, masa start turun darah atau sebelum tu. Tapi takdir Allah melangkau semua. Waktu solat sentiasa doakn ank dalam kndungn ni sihat. Saya ingat bby saya kuat . Tapi silap saya. Mungkin ada la perbuatan saya yg buas sgt ke. Saya tak nak salahkan Allah dalam hal ni. Ada hikmah tersembunyi itu pasti bukan. Nasihat saya kalau ada turun darah tu pergi la check kat hospital ke. Walaupun kawan saya cakap spotting biasa. Tapi saya tetap pergi check. Dan akhirnya betul la saya keguguran. Tipu la masa kat ward sementara tunggu ujian darah diambik untuk hari ahad tu, saya tak berharap bby masih boleh diselamatkan. Saya berharap agar tiba2 nampak kantung ke masa scan. Tapi tu cuma harapan. Saya selalu ingat mungkin pembalasan atas dosa saya. Entah la bila down mcm2 benda bermain kat fikiran Sekarang saya nak bangkit balik, buat kerja apa tertangguh setelah habis pantang ni. Saya sentiasa harap Allah bersama saya. Mungkin Allah nak bagi kejayaan terlebih dahulu pada saya sebelum ditakdirkan ada rezeki zuriat. Sedikit coretan dari saya yang kerdil ini. Maaf agak panjang.

58 Balas

allah ...sedih sngt baca sis 😢 semoga lps ni sis berpeluang lg untuk rse rezeki zuriat . jgn putus berdoa dan bersedekah .. semua tu slh stu jln untuk kita tunjuk usaha kita pada allah . sy pun mse bleeding even spotting pun ..tk ad tunggu shri dua , atau tye org dlm asianparents ni .. trus pg hospital , alhamdulillah baby ok .. semoga sis sentiasa kuat ...

sy pon pernah gugur 2 kali berturut2,hanye suami & family je kekuatan mse tu,sy rehat setahun & bru merancang semula,alhamdulillah sy dikurniakan sorg cahaya mata,dan skrg allah turunkan rezeki sy hamil kembar,kuasa allah,sy harap sesiapa yg pernah keguguran diharapkan terus kuat dan doa byk2

Apa2 pon bersabar ya puan.. Sy sendiri dah merasa 2 kali kehilangan.. Luar rahim & gugur... Sama juga lepas gugur tu sy uninstall apps ni.. Setahun lepas keguguran baru ada rezeki semula.. Sy doakan puan ada rezeki di masa hadapan ya.. Buat masa sekarang rehatkan diri.. Jgn stress2..

Tahun 2020, saya pernah gugur di awal kandungan juga. Perasaan yang sama mcm puan lalui. Sedih sngt bila dengar kata2 daripada mulut doctor. Mereka menganggap bila gugur diawal kandungan tu perkara biasa, Macam kulit terkena luka. Tapi kita yang menanti ni rasa sedih sangat2.

waalaikummussalam sis..jangan pernah putus ASA sis.. ank saya mninggal dalam perut masa kndgan saya 6 Bulan saya redha sya anggap bukan rezeki saya.. Alhamdulillah tuhan ganti kan selepas 8 Bulan berlalu.in sya Allah sis semoga ADA rezeki sis dalam masa terdekat Nanti..

sis semoga tabah menghadapi cuba yg Allah berikan,insyaallah sis akan di kurniakan lagi zuriat.tabahkan hati sis dan suami jgn putus untk berdoa pada Allah.Macam kami suami isteri 14tahun kahwin Alhamdulillah sya skrg mengandung 35mggu ank pertama😊

semoga puan terus kuat...Yakin lah,inshaAllah Allah akan bagi yang terbaik lepas ni..Kes puan sama macam saya bulan 10 tahun lepas, keguguran dan Dr. ckp kandungan xmenjadi.Alhamdulillah, saya diberi peluang mengandung lagi tahun ni.Semoga ada rezeki puan lepas ni

gugur awal kandungan sbb baby yg xsihat. insyaallah lepas ni msti ada rezeki lagi. sy last year gugur bulan 6..bulan 8 dah pregnant balik. skrg menunggu hari nak bersalin. sis kena cpt bangkit n moveon. jaga HB. makan sangobion n jus delima insyaallah ok

betul. kromosom yg xckup masa pembelahan sel berlaku. klu continue jugak tkut nnt ada mslh semasa pregnancy lbh lama sprti mslh jntung,usus,otak dan lain2

InsyaAllah nnt ada lg tu yg lbh baik mgkin kndungan ni x bape sehat..sy dlu pun yg 1st kguguran..pastu 3-4bln pastu pregnant blk. InsyaAllah Allah akan bg trbaik pasni .sabar n bykkan bdoa pdNya. Aaminn..smoga dipermudahkan sgala urusan dan kuat semangat !

akak bole consume set pregy shaklee . my friend mcm sis jgkk . dia 3× gugur tumpah darah . then dia dh try mcm2 .. last2 dia try shaklee alhmdlhh mnjadi even amik masa skit . sis minat bole wasap sy .. 01117194775

Soalan popular