Kena marah dengan nurse
Salam mummies, ada tak pengalaman kena marah dengan nurse? Sy baru je kena marah dengan nurse sebab sy punya fetal kicks kebanyakan cukup 10 pd jam 3-5 pm. Dia kata lewat sangat dan baby kurang gerak padahal dah sebulan sy kira dia tak pernah pulak tegur. Dia cakap sy tak pandai kira la dengan nada marah. Kita ni first time mummy kalau memang betul sy salah kira, patut dia tegur cara baik. Emosi juga sy lalu sy pun tinggi suara balik. Tapi bila ingat dia kena bagi suntikan tetanus, sy mengalah aje. Tapi sakit juga dia cucuk. Injection paling sakit pernah sy rasa setakat ni. Benda lain takde isu, gdm, hb, bp semua okay. Kalau dia stress sy pun stress jugak kerja. Sy pun penjawat awam macam dia. Tolong legakan hati sy sebab sy nak kena jumpa dia lagi 😭
Excited to become a mum