Diberi tekanan oleh orang luar

Salam moms. Sy nak cerita kisah hidup sy yg sedang sy pertahankan. Mungkin boleh jd pengajaran buat kita semua 🥰 Awal tahun lepas sy dititipkan rezeki hamil setelah 4tahun ttc. Kami suami isteri terlalu gembira setelah dapat tahu sy hamil sudah 6weeks masa tu. Allah menitipkan memakbulkan doa kami setelah usaha sy ulang alik rawatan kesuburan di klinik selama hampir 1 tahun. Oleh kerana keterujaan kami, kami memberitahu semua ahli keluarga dan sanak saudara. Bahkan di media sosial juga kami telah membuat status kiasan mengatakan doa kami telah dimakbulkan. Ramai rakan2 teruja dan mengucapkan tahniah buat kami. Dalam semua org bergembira, rupanya kami terlupa, ada satu golongan yg tidak gembira mendengarkan perkhabaran tersebut. Golongan itu sering stalk kami dgn akaun palsu walaupun kami sudah block akaun sebenarnya di semua media sosial oleh kerana tidak ingin ada sengketa lagi. Golongan tersebut adalah org yg selalu berusaha menjatuhkan kami dgn pelbagai cara, mereka-reka cerita di media sosial, mengebarkan aib(yg ditokok tambah) kami pada org2 kg, merosakkan hubungan adk beradik kami smpai adk beradik pernah membenci kami laki bini kerana terlalu percaya akan fitnah golongan tersebut. Namun Allah masih menitipkan sabar buat kami. Kami hidup dgn cara kami tanpa hiraukan mereka2 yg membenci kami. Dia membenci kami, namun hari2 dia intai kisah hidup kami dan sanggup bertanya-tanya org lain tentang keadaan kandungan sy. Dia juga pernah mencabar sy utk bertumbuk di saat dia tahu sy sdg hamil. Mungkin niatnya nak buat sy keguguran. Namun sbnrnya pd saat itu dia belum tahu, Allah telah menguji kami, kandungan hanya bertahan sehingga 3bulan shj, mungkin kerana selalu memikirkan apa yg akan dilakukan oleh dia yg tidak berkesudahan, tertekan tanpa sedar. Kami bersedih hati, dan kami berdiam diri tidak memberitahu sesiapa pun selain ibu dan ibu bapa mertua. Setelah beberapa bulan, kami mendapat berita(daripada org yg dulunya baik sgt dgn si dia), namun skrg sudah undurkan diri kerana merasa semua yg dilakukan si dia adalah salah) Katanya, si dia(golongan tersebut) selalu bertanya2 adakah sy benar2 mengandung? Kerana perut tidak nampak membesar. Dan yg paling mengejutkan kami, si dia berkata ingin melihat kami laki bini bercerai berai. Allahuakbar, betapa hitamnya hatimu sampai sebegitu ingin melihat kami menderita. Sampai ke hari ini pun si dia masih mencari tahu tntg kami, namun apa lg usahanya utk jatuhkan kami, kami pun tidak tahu. Kami serahkan kepada Allah. Jadi pengajarannya di sini, bukan semua org gembira dengan kebahagiaan kita 🙂 Sorokkanlah kebahagiaan agar tidak ada hati yg membara dan amarah sehingga mendatangkan keburukan pada kita. #pengajaranbersama #Jagadirisemua

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

ya Tuhanku kenapalah wujud orang yang busuk hati macam ni 😭 jadikan pengajaran sis lepas ni jangan share apa yg privacy dekat social media nanti risau perkara yang sama berulang. masa saya mengandung pun saya sembunyikan kandungan drpd pengetahuan social media, family & kawan2 pun say dah bagitau jgn share apa2 tentang saya. sampai dah beranak baru upload satu gambar, dan selepas 4 bulan baru reveal muka anak. sebab saya terlalu risau perkara mcm sis ni jadi pada saya, saya takut kalau org doa yang buruk2 semasa saya mengandung & ada pandangan jahat untuk baby saya. mohon sis kuatkan semangat, doa banyak2 minta perlindungan pada tuhan, hopefully ada rezeki baby tahun 2023 💕🫶🏻

Baca lagi

lepas ni kalau sis pregnant jangan bagitau sesiapa , senyapkan saja .. biar orang tahu apabila dah nampak perut membesar ke , yes betul ! tak semua orang selalu senang dengan kebahagian kita sebab tu pepatah kan selalu cakap manusia rambut je sama hitam tapi dalam hati kita taktau niatnya apa , seeloknya apa2 kebahagian suami isteri , keluarga dll takyah share ke public .. gambar ke apa ke tentang privasi tak perlu share kat sesiapa walaupun sos med pun jangan , orang paling bahaya kalau dia benci kita dalam diam daripada orang yang dah terang2 benci kita kan .. apa2 pun lepas ni sis ambik sebagai pengajaran dan peringatan diatas apa yang berlaku ..

Baca lagi

Ya.. sebaiknya diam2 saja. sy pun dlu ttc jgak & first time pregnant memang diam2 tak announce apa2 pun. tambah lg klau kita dah memang tahu musuh dlm selimut tu dlm kalangan kita saja. xperlu lah inform termasuk dgn org2 yg terkait dgn dia.. mulut & hati manusia ni bukan semuanya selari. kdang jenis manis didepan belakang mcm haram jadah. utk situasi awak, rasanya better awk& husband "lenyap" je(pindah jauh ke apa2 ke)..jgn update apa2 pun termasuk family sendiri,cukup bertanya khabar diHp je.. org mcm tu kena saiko dia balik.. biar dia meroyan sampai terbuka aib sendiri..

Baca lagi

Semoga awak suami isteri sentiasa kuat ♥️ Sy mungkin tidak sekasut dgn awk tapi ada cerita hampir serupa akibat manusia iri hati. Akhirnya sy terpaksa menjadi ego utk kebahagiaan & kesihatan mental sy sendiri kerana sy tidak mahu makan hati, terasa hari atau pendam dalam hati sampai mati. Bahagiakan diri dgn org yg menyokong kita. Buat masa skrg, suami yg menyokong & amanah yg bakal lahir ini adalah sebab kenapa kita harus kuat. Salam sayang utk awak, jaga diri tau 😘

Baca lagi

Semoga sis kuat.. sy ttc 5 tahun.. masa kandungan masuk 7 tahun baru berani up gambar dan share sikit2 tgh mengandung.. bnda tu la yg paling sy takut masa tgh mgndung.. risau pandangan ain org yg mmg x suka kte.. sy selalu ingtkan diri sendiri, “x semua org suka dgn apa yg kte ada”.. dkt fb, ig pn x pernah share gmbr pregnant.. masuk 7 bln share dkt ws story je, means org trdekat je.. semoga ada rezeki zuriat yg seterusnya utk sis

Baca lagi

sbb tu islam anjurkan sembunyilan kehamilan pd trimester pertama at least. tp skrg ni rmai sgt dok tayang video janin time scan2 tu.. penyakit ain is real ya gais.. sy nk dekat due baru member2 tahu, tu pun dyorang dpt detect sbb sy cepat mengah, perut kecik je, baju besar..

ye. x perlu hebahkan bila kite mengandung utk elakkan perkara yg x diingini. cukup ahli keluarga je yg tau. kwn2 org sekeliling akan tau bila perut kite makin nmpk. sbb bukan semua org suka tgok kite bahagia dan ade org yg tgh tunggu kite jatuh terduduk.

2y ago

Si dia tu adalah ipar sy sendiri sis. Isteri abg sy 🥺

org yg brsabar nie byk ganjaran yg allah beri nnti enjoy je dgn hdup sis skg nie biar kn je dgn org yg mcm tu biar allah yg mmbalas nya🙂🙂semoga lpas nie allah kurnia kn zuriat lg utk sis amin3...😊

Ya Allah ...semoga sis dan keluarga bersabar,sy doakan semoga sis dan suami d kurniakan zuriat lagi.. Jahat betul org tu ,betul2 saitan bertopengkan manusia.

2y ago

Amin. Tkasih sis. Org tu selalu ada dlm fmly sy, selalu meracuni akal fikiran fmly sy. Dulu semua prcaya kata2 dia, smpai adk bradik snggup buang kami. Sbb dia je yg suka brcerita, kami lebih suka brdiam dan memendam. Sbb tu org prcayakan dia. Akhirnya Allah tunjukkan kebenarannya,semua org tak pcayakan dia lagi. Dlu kami dibenci, skrg kami dipuji atas kesabaran kami. Namun tak blh tipu hati masih trguris, cuma kami buat2 mcm semua ni xprnah berlaku, supaya hubungan kami kembali brsatu😇 skrg pun kami masih difitnah oleh si dia, tp xramai dh mmpercayainya setelah melihat satu persatu kebenaran yg Allah tunjukkan. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih sis doakan sy🥰 semoga urusan sis dipermudahkn

ye betul... lebih baik diam2 kan aje...