Scan 2 minggu sekali sepanjang kehamilan

Salam mommy. Harini kandungan sy genap 12weeks. Sepanjang 6-12 weeks ni dh 4 kali sy scan di swasta kerana trauma keguguran bulan jun tahun lps setelah 4tahun ttc. Alhamdulillah berkembangan baby sgt baik dan betul2 kena dgn tarikh haid utk kandungan kali ini. Kerana itu doc ckp dh boleh buat scan sebulan sekali sepanjang trimester ke 2. Tp bila sy baca beberapa posting melibatkan mommy yg kehilangan di usia 13weeks ke atas, sy rasa bimbang kalau tak buat scan setiap 2 minggu krn sy rasa tempoh sebulan tu agak lama utk tidak melihat perkembangan bby melalui ultrasound. Mungkin kerana trauma sy yg lepas. Jadi, boleh ke sy scan setiap 2 minggu juga utk trimester ke 2 ni? Atau mommy boleh bg pendapat lain mommy kt ruang komen 🥰 #ultrasound #kerapscan

16 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

kalau duitnya ada, terpulang. tp pada sy membazir je terlalu byk kali scan ni. yg penting mommy kena jaga diri, makan folic acid, jgn stress2, rehat cukup. memadai sekadar monitor ada spotting/bleeding yg disertai cramp. kalau ada, cepat2 ke hospital. selagi takda, Insha’Allah kandungan puan ok & berjalan lancar. ni kawan sy nurse O&G yg pesan. sy pun pernah keguguran masa 13w. pregnant kalini sy scan 8w (sahkan kehamilan), 13w (NT scan), 21w (detail scan), 28w (scan di KK). next akan scan 32w & 36w, dua2 ni di kk. sy sentiasa monitor jika ada spotting/keputihan berlebihan. itu sahaja. mommy kena enjoy this pregnancy ya. itu lebih penting utk mental health mommy juga☺️💪

Baca lagi
TapFluencer

Sis, sis macam kitaaa... masa anak kedua, kita checkup kat klinik siti, kita tanya doc tu kan, boleh ke doc nak scan seminggu sekali 😂 doc tu ckp, saya scan tiap2 hari kandungan saya ni sambil tunjuk perut dia 😂😂 kita ckp la ada org ckp sinaran tu tak bagus untuk ibu pregnant apa semua kan. Lepastu doc ckp, takdelah, jgn percaya mitos. Boleg je awak nak checkup banyak kli pun ❤️❤️ duit tak jadi masalah kan, janji hati tenang. Kita faham apa awak rasa.

Baca lagi

better sebulan sekali je. sbb if 2 weeks skali scan x nmpk beza sgt pun nnt. sy pun skrg sllu buat sebulan sekali je. n sllu sy buat sehari sebelum monthly checkup di kk. klau risau sbb pernah gugur, then just bed rest completely jgn buat ape2. masak ke kemas rumah ke suruh je suami buat semua. makan beli je pun xpe klau mampu. sy x pernah bleeding ke ape tp sy scan stiap bulan sekali scan sbb saja nk tgk progress baby

Baca lagi

Ada duit boleh je sis. Saya pun scan 2 minggu sekali. After dah dapat rasa baby gerak2 baru sebulan sekali. Tu pun kadang risau pergi je scan. Alhamdulillah selamat melahirkan baby yang sihat pada bulan 7 tahun lepas. Sis doa banyak2 semoga kandungan selamat hingga melahirkan. Inshaa Allah semoga dipermudahkan urusan sis 🫶🏻

Baca lagi

Tgk pada keadaan Mamy n baby. Sy pernah kguguran 14w & 9w. Skrg tgh tggu call hospital nak serah diri. 38w dah. Awal kehamilan ada spotting dr 6-9w. Sy g cek, doktor bg ubat kuatkan rahim. Lepas tu dpt tahu pregnant twin, check up sminggu skali. Bila dah 20w check up 2minggu skali. Masuk 32w cek sbulan skali.

Baca lagi
VIP Member

ikut mommy la❤️😍 asalkan mommy berkemampuan utk buat 2minggu scan sekali di swasta... ok je... ❤️ yg penting mommy and baby happy and gembira... 👌 asalkan ia x membebankan suami... saya sokong 👌❤️🌹 heheheh

VIP Member

sy pernah gugur then bila pregnant kali kedua sy agak paranoid. memg kerja nak scan je tp takde la sampai 2minggu sekali. sebulan sekali je, once baby dh kick just kira kick baby. yg penting jgn bleeding.

scan baby tak bahaya. bopeh je scan. jangan stress stress ye awak. awak kena happy untuk baby. stress tak bagus untuk kandungan. moga kandungan dan ibu nya sihat selalu sehingga kelahiran nya.

VIP Member

Apa yang saya pernah dipesan ialah. Kita jangan terlalu berharap tapi kita kena percaya. Berharap tu yang akan buat kita sedih . Jadi percayalah kepada Allah.

1y ago

btul siss yg pegang semua ni allah

Boleh tiada masalah. Cumanya awak kena sentiasa berfikiran positif, no stress, selalu share isi hati dengan suami. Apa apa pun enjoy your pregnancy 🌹