Sedih dan serabut

Salam mommy2. Maaf saya nak meluah dekat sini sebab takda tempat nak bercerita. Makin pendam makin serabut. Ada ke mommies dekat sini yang rasa macam menyusahkan suami? Saya pregnant 10 weeks lembik tak larat nak masak. Dan doctor memang suruh banyakkan bedrest sebab pernah gugur sebelum ni. Jadi husband kena beli hari hari. Tiap kali dia beli tu mesti ada rungutan "mahal betul makanan sekarang" "memang harga mahal camni ke?" Kadang dia tanya "harini larat tak nak masak?" Saya jadi serba salah. Bila fikir balik itu la tanggungjawab dia. Cuma nak minta beli tu jadi takut takut. Kadang saya order dekat foodpanda je senang. Tapi setengah makanan yang saya teringin tu takda, risau nak cakap dengan dia sebab mesti la dia kena beli. Saya belum bekerja sbb baru kahwin ikut dia pindah rumah dia. Terpaksa berhenti kerja. Kadang dia puji isteri kawan dia sebab kerja gaji besar. Asyik memuji je sesiapa yang isteri bekerja. Lagi la saya rasa saya ni menyusahkan, sedangkan dia tahu saya belum kerja. Sampai sekarang saya terasa macam saya ni beban untuk dia. Fikir pasal ni sampai stress pening kepala. Nak bincang dengan dia tapi entah la

32 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya mengandung kali ke 2 mcm ni mmg teruk punya simptom..emosi apatah lagi kalau kata2 tak ngam nak di dengar..mulai lah rasa sedih,marah dan rasa menyusahkan..bagthu lah suami kalau mahal xpyh beli..tlg lh masak jer..kalau malas masak baru beli..kalau dia merungut..awak rungutlah balik ..awk kena cakap tapi bukan dgn nada marah atau kesal..cakap lah dgn nada yg lembut tp tegas..kena bersembang dgn spontan baru hati sama2 terjaga..kadang suami ni bukan apa..dia pun mengandung jgk time kita mengandung..tp awk sendiri lh tahu sbnr nya sblm dan selepas suami awk mcm mana..😊

Baca lagi