Sedih dan serabut

Salam mommy2. Maaf saya nak meluah dekat sini sebab takda tempat nak bercerita. Makin pendam makin serabut. Ada ke mommies dekat sini yang rasa macam menyusahkan suami? Saya pregnant 10 weeks lembik tak larat nak masak. Dan doctor memang suruh banyakkan bedrest sebab pernah gugur sebelum ni. Jadi husband kena beli hari hari. Tiap kali dia beli tu mesti ada rungutan "mahal betul makanan sekarang" "memang harga mahal camni ke?" Kadang dia tanya "harini larat tak nak masak?" Saya jadi serba salah. Bila fikir balik itu la tanggungjawab dia. Cuma nak minta beli tu jadi takut takut. Kadang saya order dekat foodpanda je senang. Tapi setengah makanan yang saya teringin tu takda, risau nak cakap dengan dia sebab mesti la dia kena beli. Saya belum bekerja sbb baru kahwin ikut dia pindah rumah dia. Terpaksa berhenti kerja. Kadang dia puji isteri kawan dia sebab kerja gaji besar. Asyik memuji je sesiapa yang isteri bekerja. Lagi la saya rasa saya ni menyusahkan, sedangkan dia tahu saya belum kerja. Sampai sekarang saya terasa macam saya ni beban untuk dia. Fikir pasal ni sampai stress pening kepala. Nak bincang dengan dia tapi entah la

32 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya masa first trimester sama macam sis mmg tak boleh masak. Tengok bahan mentah pon nak muntah. Masuk dapur pon rasa geli. Cakap ngan suami suruh dia masak je. Simple2 pon takpe setakat telur ngan bilis pon takpe. Suami kena la faham. Nak beli memang mahal so dia terpaksa berkorban la untuk masak. Bab bekerja memang tak patut suami bandingkn. Kita resign pon sebab nak pindah duduk ngan dia. Sebab tu bila ada kawan2 baru kahwin nak resign pindah duduk dengan suami saya pesan pastikan dapat kerja dulu. Awal2 memang ok. Lama2 kita tak tahu. Semoga sis kuat. Faham kita ni ibu mengandung memang kuat terasa 🥺

Baca lagi