Salam mommies.
Sy nak luah perasaan sikit. Harap blh meringankan beban kat kepala ni. Hehe.
Sy disahkan hamil minggu lepas oleh doc di klinik. Doc bgtahu sy hamil 6 minggu. UPT positif.
2 hari kemudian sy bleeding. Darah sampai ke kaki. Agak banyak. Sy ke wad kecemasan, pukul 2 pagi. Doc check jalan. Tak terbuka katanya. Means kandungan selamat. Scan tak nampak apa. Mungkin terlalu baru doc kata. Doc bagi ubat kuat rahim. Sy pun balik. Bleeding berterusan 4 hari.
Disebabkan tak puas hati tak nampak scan, kawan² sarankan sy g kat hosp swasta. Sy pun pergi, scan.. tak nampak juga. Doc ambil darah. Result darah menunjukkan sy tak mengandung!
Doc kata darah yg keluar tu bukan keguguran, tapi darah haid. Sy terdiam sbb sy solat sepanjang bleeding sbb anggap itu darah istihadah. Doc kata result UPT positif mungkin kerana kencing kotor.
Sy tenang dan reda saja sebenarnya. Tapi mcm ralat sikit. Mommies.. pernah mcm saya? Blh share pengalaman?
Tq semua.