Beli kelengkapan baby

Salam mommies, Boleh tak share beli kat mana baju2, atau kelengkapan baby, Dari baju2 sehingga la ke alatan seperti carseat, stroller, dan sebagainya.. sebenarnya apa benda yang penting perlu ada. Klau boleh suggest kat mana nak beli di musim2 skrg yg kena beli online ni..ada x kedai online yang jual kelengkapan baby yg btl2 lengkap. Saya jenis x pndai beli online . Kena walk ini juga.. memandangkan 1st baby, saya jadi kalut. Saya ada masuk juga Fiffy website, shoppee anakku, tp tula saya jadi kalut . 😅#pleasehelp Mohon bantuan2 para mommies. #1stbaby

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kalau puan nak beli online, kat mana2 kedai pun boleh beli. Yg penting baca review dulu mcm mana. Ok ke tak. Kena struggle dan rajin sikit la kalau beli online ni sebab kena banyak buat survey. Takut nanti dah terbeli, rugi je sebab tak boleh guna. Nak cari kedai kelengkapan baby yg betol2 lengkap kalau kat online ni kadang2 susah sikit melainkan kalau puan walk in je ke kedai terus. Nak tak nak memang kena beli kat mcm2 kedai online sebab ada kedai ni kualiti dia mcm ni, ada kedai ni nampak mcm kualiti elok tapi bila dah guna tak selesa pulak. Mcm tu la. Jangan kalut. Banyakkan buat survey je. Utk awal2 ni, puan beli yg betul2 penting je mcm pakaian baby, lampin, pampers, minyak baby, peralatan baby mcm sikat, alat mcm penyedut utk bersihkan hidung baby, pemotong kuku baby. Benda2 mcm tu je. Buaian ni terpulang tapi seeloknya tak payah pakai. Tak selamat kalau ikutkan sebab risiko jatuh tu tinggi dan mengganggu perkembangan otak baby. Kalau tanya nurse, diorang tak bagi pun pakai. Pakaian utk newborn tak payah beli banyak sebab baby cepat membesar. Sy beli ikut bajet sy. Sy survey semua kedai online mcm fiffy, anakku, pureen, okbb. Ada baju dia mahal tapi kualiti 👎🏻. Ada baju dia murah tapi kualiti 👍🏻. Baju2 baby sy beli mostly kat kedai yg ada jenama tapi ada je jugak beli kat kedai yg biasa tak ada jenama yg jual murah tapi tu la, ikut nasib la. Kadang dapat kualiti yg ok, kadang tak. Sebab baby ni kulit dia jenis sensitif. Kalau tak sesuai dgn dia, senang akan nampak reaction. Accessories baby mcm topi, cekak kepala semua ni tak penting sangat pun. Bukan keperluan tapi boleh je kalau nak beli sikit dlm 2-3. Bathtub baby utk sy 1 keperluan sebab memudahkan sy nak mandikan baby. Shampoo lotion baby semua ni nak beli kena tgk kulit baby. Takut dia tak serasi dgn produk tu. Beli lepas baby dah lahir pun boleh. Stroller, car seat dan baby carrier ni terpulang. Sy beli stroller yg set sekali baby carrier. Senang dah dpt 2 barang sekali. Tapi sy beli pun masa baby dah umur 3 bulan. Kalau nak beli benda ni, beli yg berjenama dan berkualiti elok. Tengok bajet sebab benda ni ada yg mahal, ada yg murah. Mungkin kena spend lebih la sikit utk keselamatan baby. Sama jugak, banyakkan survey. Sy beli stroller yg jenis lightweight. Senang adjust dan ringan. Kalau nak bawak baby jogging pun senang nak tolak 😅. Barang ibu yg jgn lupa. Penting jugak. Boleh prepare kalau nak beli breastpump siap2 kalau puan bekerja. Ada ibu, dia jenis susu banyak jadi lepas anak menyusu pun tetap kena pump. Kalau ibu bekerja, susu nak kena pump utk buat stok susu utk anak kalau hantar ke pengasuh/taska. Yg ni pun kena survey jugak sebab kalau salah beli dan tak sesuai dgn kita, boleh menyakitkan breast dan injured kita punya tisu breast. Sy mula2 beli yg jenis murah, kadang2 sakit bila pakai. Lepas tu husband sy belikan brand fiffy, so far pakai ok la, tak sakit tapi Kena spend sikit la.

Baca lagi

sy first baby juga, barang byk beli dkt shopee je. apa yg sy rasa perlu, sy search dan tgk kedai yg byk sale dan review elok lepas tu order. cuma klu baju, ikut size baby dlm perut juga. klu mmg jenis baby kecik, nk beli size newborn / 0-3m boleh la sikit sikit. tp klu rasa baby besar, better ambik 3-6m, 6-12m. pelbagaikan size dan order sikit je utk size yg perlu. setakat ni sy dh beli baju set lengan & seluar panjang + set lengan & baju pendek, rompers, sleepwear, baju eyelet (lubang2) lengan panjang dan pendek. Bedung beli jenis kain muslin, hand towel sbb baby akan ada muntah / lap air liur yg meleleh. Mittens dgn booties sy tk beli byk, ada dlm 3 set je. Topi pun tk beli sgt. Towel baby, set mandian baby, lotion, baby oil, minyak telon, car seat + baby mirror utk letak kt kerusi kereta utk supervise baby kt car seat, baby leaf swing (entah ni suami yg nk sgt beli), baby cot, baby bath tub, wet wipes, pampers size newborn, barut ni sy tk beli byk jgk sbb rasa mcm tk perlu je. stroller sy tk beli lg sbb rasa lambat lg nk guna.

Baca lagi
VIP Member

utk 1st baby..just stbykan yg perlu shj..kalau sis bsalin hospital gov mgkin kena sediakan, mcm swsta baby hanya pakai bj hospital shj bila dh nk blik br pakai bj sendiri, beli semua putih lengan pendek , lengan panjang, bj lubang2 lengan panjang /pendek, mcm berat baby boleh tnya doct berat baby so boleh la agak saiz bersesuaian.. dgn baby..kalau beli byk² baby cpt membesar syg xguna nanti.. sarung tangan n kaki baby, bedung sy beli dgn Qaisy's Hijab selesa cotton memberi baby tido lena..dan bersaiz besar baby sy semua lahir besar yg br lahir ni 4.21kg, sy beli 3-6mth, 6-12mth.

Baca lagi