Pecah air ketuban

Salam mommies2! ♥️♥️ Yayy hari ni kandungan dah masuk 39w, alhamdulillah ? tapi nak tanya sikit dengan mommy2 yg berpengalaman kat sini, boleh terjadi tak kalau air ketuban pecah semasa sedang tidur? Takut juga kot2 lah air ketuban saya pecah semasa tidur lepas tu tak perasan, kot2 contraction pun tak rasa sangat. Macam mana ye? Ke akan terbangun juga kalau air ketuban pecah semasa sedang tidur ? Risau gak, sebab kalau air ketuban pecah mesti segera ke hospital kan.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Pengalaman saya pregnant anak sulung lebih kurg mcm ni la. Saya terbangun dalam pukul 11 mlm mcm tu sebab saya rasa terkencing dlm seluar. Tp bila saya hidu tak ada pulak bau hancing. Tak lama lepas tu kontraksi mula dtg perlahan-lahan dan makin kerap. Siap2 barang semua,bertolak ke hosp. Sampai hosp dlm pukul 12 lbih air ketuban yg mcm jelly dah keluar. Nurse check dah 8cm,kepala baby pun dah nampak. Pukul 12.25 selamat bersalin. Memang kontraksi tak lama,dlm sejam setengah je

Baca lagi