Susu yg sesuai untuk anak.
Salam hi mommies semua. Saya fully bf baby saya yg berumur 8 bulan skrng. Saya nak mintak suggestion susu tepung apa yg sesuai untuk saya bagi pada baby saya? Saya nak mix feeding skrng bersebab. Saya ada terbaca posting susu NAN seakan rasa susu ibu betul ke? Dulu masa dlm pantang seminggu je minum susu tepung lectogen sbb susu x keluar lagi, tapi minum susu tu berkahak. Dan untuk botol susu pula boleh suggest kan juga? Macam mana cara nak bgi anak minum susu botol sebab dah 8 bulan bf and tidur mesti nak ngempeng😭😭😭 risau dia taknakk hahaha. Sbb ada beli botol tommie tippe dia hisap tapi gigit2 tarik puting tu hahaha Menjadi ke, kita suruh org lain yg bagi baby minum susu then kita duduk jauh2 dari baby? Sebab saya nak mix feeding. Saya sedang mengandung anak nombor 2, dah 3 bulan lebih. Jgn kecam sbb saya dah suami yg nak tapi tak sangka secepat ini🤣. Alhamdulillah kesihatan saya dari anak first baik2 saja semasa mengandung, doakan saya ya. Saya terfikir macam mana nnt saya nak bersalin no 2 ni dgn anak no 1 menyusu badan. Mommies ada pengalaman tak intro susu tepung umur baby 8 bulan? Share pls.