Bersalin 37minggu 1hari
Salam mommies semua. Tq semua ats sharing2 dlm group ni. Byk mmbantu kehamilan sy kalini. Nak kongsi pengalaman, due date pd 3/9 tapi selamat bersalin pd usia kandungan 37minggu. Pd 14/8 mcm biasa terbangun utk kencing waktu pagi2. Lepas tu bila nak tido balik, tibe terdengar bunyi pop. Start air ketuban leaking pd pkul 5am. Terus kejut suami utk ke hospital. 5.30am smpai hospital, cek ctg & bukaan. Rupanya dah 6cm. Nurse ckp contraction da strong, tp sy masih belum rasa apa2 lg. Sy ade gdm diet control dan positif gbs utk kandungan kalini. Nurse terus bg antibiotics dan bawa sy terus ke labor room. Pkul 6am dah start rase contraction 5minit sekali. Pkul 6.58am selamat melahirkan baby boy 2.83kg. Cuma sy tak sempat complete 4jam utk antibiotics. Dpt susukan anak sekali. Lpas tu baby terus dibawa ke nicu sbb nafas laju. Skrg baby masih on oksigen, antibiotics dan pakai tube utk susu. Mohon mommies yg membaca doakan supaya anak saya cepat dpt bernafas seperti biasa dan tiada apa2 jangkitan lain ya.