Birthclub: September 2022 icon

Birthclub: September 2022

22.9 K following

Feed

HUKUM BERPUASA BAGI IBU MENGANDUNG DAN IBU MENYUSU — WAJIB !

Hukumnya adalah WAJIB ! Jika tanpa keuzuran dan kesusahan. Saya banyak melihat ibu-ibu mengandung dan ibu-ibu menyusu yang bertanyakan tips-tips mcmne nak berpuasa penuh. Syabas sy ucapkan ! Sebab anda semua ada plan untuk berusaha berpuasa. Tpi ada juga segelintir dri ibu-ibu mengandung dan ibu-ibu menyusu nih yg mudah je nak ambil rukhsah berpuasa tanpa berusaha utk berpuasa terlebih dahulu. "Sy dah 17w masa puasa nnti, takutlah nak puasa. Tknaklah puasa, bayar fidyah dan ganti jelah nnti" "Sy dah 28w masa puasa nnti, nak dpt sorg nih pun susah, takutlah nak puasa. Fidyah dan ganti jelah kan nnti" "Sy ibu menyusu, so boleh je kan tak berpuasa. Fidyah dan ganti jelah nnti" Ibadah yg wajib tak akan terangkat kewajipannya atas seseorang individu yg sudah akil baligh. Seperti ibadah solat, mcmne sakit pun kita, ada caranya utk melakukan solat. Nmpk tak betapa pentingnya solat tuh even semasa sakit pun tetap kena solat selagi ada anggota yg boleh bergerak dan kita sedar. Begitu juga dengan puasa, ianya ibadah wajib. Tak buat akan dpt dosa. Kecuali ada apa-apa kesulitan atau keuzuran yg menghalang utk berpuasa seperti baby tak bergerak sepanjang berpuasa, pitam semasa berpuasa, hb menurun semasa berpuasa. Itu semua keuzuran yang membolehkan kita menggunakan rukhsah. Sebelum mencuba utk berpuasa, usaha dulu utk berpuasa dgn segala macam usaha utk membantu berpuasa penuh seperti bangun sahur lewatkn sedikit, ambik full meal ketika bersahur, tmbah fibre dan protein lebih semasa bersahur atau ambik supplemen yg boleh membantu. Ini semua antara usaha yg membantu ibu-ibu utk menjalankan ibadah puasa. Sekiranya dah buat semua usaha2 seperti itu, tpi semasa berpuasa ada masalah, sakit perut, pitam, baby tak bergerak sepanjang puasa — berbukalah tanpa menunggu waktu berbuka. Walaupun lagi 10 minit nak berbuka, rasa sakit atau risaukan baby tak bergerak, berbukalah jgn mnyeksa baby dan diri. Puasa boleh gnti, nyawa tiada ganti. Kenal badan sndiri, bila badan dah bagi bad sign — berbuka terus dan rehat, jgn pksa diri utk berpuasa. Islam itu mudah. Yang menyusahkan islam itu adalah kita sendiri. Sy hanya berkongsi, kefahaman itu dtgnya dari allah. Semoga ibu-ibu yang membaca diberi kefahaman yg jelas dan kuat menjalani ibadah puasa. Kalau ibadah wajib ditinggalkan tnpa berusaha utk melakukan terlebih dahulu, fikirkanlah apa akan jadi pada penerus generasi kita yg sedang kita jaga skrg ini. #berpuasa #berpuasabagiibumengandung #berpuasabagiibumenyusu #hukumberpuasa #puasa2025

Read more
undefined profile icon
Write a reply
Load More Posts