Real contraction?

Salam mommies semua. Selamat menyambut bulan puasa esok. Nak tanya siapa ada pengalaman macam sya. Sekarang perut kerap mengeras (jarak mengeras dalam tempoh 10-20mins) start pukul 11am tadi. Tapi 11am tadi ketara sangat irregular pattern mengeras tu. Sekarang mengeras sekali rasa sakit kat bawah kita tu. Kadang2 rasa sakit mencucuk, kadang2 rasa macam something nak keluar. Pinggang pun sakit, tapi sakit sangat. Kalau macam ni contraction ke? Ada try timing, tapi masa timing lari sikit. Kadang mengeras + sakit lama. Kadang kejap je (less than 1 minit) ada masa kalau sakit mencucuk2 kat bawah tu sampai susah nak bernafas. Tanda2 lain takde lagi kecuali spotting 2 hari lalu. Itu pun spotting je, warna koko sikit. Pergerakkan baby so far okay. Kadang2 baby bergerak waktu mengeras tu 😅 kalau macam ni dah boleh pegi hospital ke mommies? Risau pula pegi pac nanti takde contraction & bukaan kena suruh balik. Dah la nak puasa 😂 gambar bawah tu sya try ambil timing. Sya record bila rasa sakit mencucuk2 kat bawah tu je. Hilang rasa sakit, stop timing biarpun perut masih mengeras. Anak 1st dulu takde rasa contraction mula2 macam ni sebab induce. Induce drip bukaan 8cm baru rasa nak putus nyawa. Btw, esok 1 ramadhan sya genap 39w. Edd 9/3 ni

Real contraction?
7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Alhamdulillah. Sya dah selamat bersalin normal baru je. Contraction start dari jam 11am. Tapi irregular. Sempat gi supermarket tengahari tu teman mak beli barang dapur untuk puasa. Jam 11pm start contraction 10 minit sekali. Santai2 lagi kat rumah layan contraction. Jam 12:30am mandi dulu bersih kan diri. Jam 1:40am baru gerak pegi hospital lepas keluar warning kat apps suruh gi hospital. Sampai pac tak ramai orang, terus kena check ctg. contraction dah ada. Check bukaan pukul 3am dah 5cm. Doktor booking lr, tapi terpaksa tunggu sampai kul 8am tadi baru ada bilik kosong. Menahan sakit contraction kat pac dari 2am-8am. 8:00am sampai lr doktor tolong pecah ketuban. Terus rasa baby nak keluar. Alhamdulillah, 8:16am tadi baby dah selamat keluar dengan berat 3.72kg. Koyak 1st degree tear. Takde rezeki lagi nak merasa bersalin tanpa koyakan untuk anak 2nd 🤭 Time kat pac doktor scan anggaran berat 3.4kg je 😅 now tengah menikmati milo panas LR 🤭 alhamdulillah juga, baby dengar cakap mami nya ni. Memang balik2 minta keluar sebelum due sebab masa 37w doktor scan berat baby dah 3kg. Takut makin besar. Kalau boleh hujung minggu ni sebab dah genap 39w. Betul2 baby keluar hujung minggu 🤭🤭🤭

Baca lagi
7d ago

Tahniah sis, selamat berpantang. Doakan saya jgk ye.. 39w3d tapi takde tanda2 lagi. Duk mengeras je

saya 40w dah harini. semalam tgh malam macam ni jugak, dalam sejam tu perut mengeras every 5-6 minutes, pastu rasa mcm menyucuk2 kat bawah dan perut memulas lamaa tapi tak sakit sgt pun. saya call Dr, Dr advice buat je ctg at least dpt monitor jantung baby sedapkan hati. check ctg, mmg betul ada contraction every 5-6 minutes tapi tak kuat. bukaan pun baru 1cm so saya balik dulu. menunggu je la ni skrg sbb masih tak sakit2 lagi tapi tgh contraction dah 😅 first baby. harap malam ni atau esok dah la ya Allahhh. ada tak yg mcm ni jugak early labour phase dah stat rasa dan tak sakit? pastu berapa lama menunggu ya? 😩

Baca lagi
7d ago

Dr bagi dalam seminggu tu sebab scan baby semua ok je, takde apa2 komplikasi, saiz baby pun ok normal je. harap lahir nanti pun dia sihat je la tak terlalu besar

pagi td sy kena jg mcm ni. 815am, 830am, 915am, 930am...mcm stiap 15-30 min perut mengeras.... braxton hicks dan bkan baby menggeliat.. disertai dgn rasa sakit kt pinggang sekejap.. sy xnmpk ada apa2 tanda darah, or mucus plug.. tp tu sblm sy makan. lps sy makan baru x rasa... sy xsure terjadi sbb lapar ke.. pnh baca slah satu smptom mengeras disebabkan bdn dehydrate... sy pn dh 39++ bila lps makan tu dh ok.. sy x decide ke pac. skrg ni bila jalan, berdiri je rasa tegang

Baca lagi

Haritu nurse ada bgtau kalau mengeras dalam masa 10minit tu banyak kali, itu contraction. Kalau gap mengeras tu jauhh tu bukan lagi. Pantau yg dlm 10minit tu brp kali dia mengeras. Sekali mengeras dalam 30sec mcmtu. Dah boleh pergi PAC. Sy pun tgh tunggu tanda, baru masuk 38w. Anak first dulu pun induce dan takde contraction.

Baca lagi
7d ago

oh yeke . baik2 sy akan alert

Dh pergi pac ke? Ke dh stop contraction? Sbb few days before u dh keluar spotting kan? Itu dh salah satu tanda nurse sllu pesan utk terus ke pac. Sekarang pula dah ada contraction. Klu ke hospital atleast doc boleh cek keadaan baby, klu depa suh balik, balik je 😅. Asalkan kite dh tahu keadaan baby dlm tu baik2 sahaja.

Baca lagi
1w ago

Alhamdulillah dah selamat bersalin awal. Pegi PAC bukaan dah 5cm. Tak sia2 sakit berapa jam kat rumah sebelum pegi PAC 🤭 kepada sesiapa yang tunggu hari nak bersalin, semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti. Semoga baby & mak sihat selalu 🤲🏼🥰 Marhaban ya Ramadan 🌙

Saya pun macam sis jgk sekarang ni. Ni dah 39w2d. Tapi xgi hospital lagi sbb xde keluar tanda@spotting lagi. Selalunya saya akan keluar darah yg banyak macam period atau keluar ketuban. Tu kebiasaan saya la. Sis dah ada spotting koko2 macam tu try la check

saya pun mcm awk jgk .. esk tu xde dh😂 skrg ni ngeras pn skjp2 je .. edd 11/3 xde turun apa2 tanda .. baby masih aktif .. klu xde apa2 lg kna serah diri .. 😌 semoga dipermudahkan segala urusan kite semua 🌷