Real contraction?

Salam mommies semua. Selamat menyambut bulan puasa esok. Nak tanya siapa ada pengalaman macam sya. Sekarang perut kerap mengeras (jarak mengeras dalam tempoh 10-20mins) start pukul 11am tadi. Tapi 11am tadi ketara sangat irregular pattern mengeras tu. Sekarang mengeras sekali rasa sakit kat bawah kita tu. Kadang2 rasa sakit mencucuk, kadang2 rasa macam something nak keluar. Pinggang pun sakit, tapi sakit sangat. Kalau macam ni contraction ke? Ada try timing, tapi masa timing lari sikit. Kadang mengeras + sakit lama. Kadang kejap je (less than 1 minit) ada masa kalau sakit mencucuk2 kat bawah tu sampai susah nak bernafas. Tanda2 lain takde lagi kecuali spotting 2 hari lalu. Itu pun spotting je, warna koko sikit. Pergerakkan baby so far okay. Kadang2 baby bergerak waktu mengeras tu 😅 kalau macam ni dah boleh pegi hospital ke mommies? Risau pula pegi pac nanti takde contraction & bukaan kena suruh balik. Dah la nak puasa 😂 gambar bawah tu sya try ambil timing. Sya record bila rasa sakit mencucuk2 kat bawah tu je. Hilang rasa sakit, stop timing biarpun perut masih mengeras. Anak 1st dulu takde rasa contraction mula2 macam ni sebab induce. Induce drip bukaan 8cm baru rasa nak putus nyawa. Btw, esok 1 ramadhan sya genap 39w. Edd 9/3 ni

Real contraction?
7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Dh pergi pac ke? Ke dh stop contraction? Sbb few days before u dh keluar spotting kan? Itu dh salah satu tanda nurse sllu pesan utk terus ke pac. Sekarang pula dah ada contraction. Klu ke hospital atleast doc boleh cek keadaan baby, klu depa suh balik, balik je 😅. Asalkan kite dh tahu keadaan baby dlm tu baik2 sahaja.

Baca lagi
8mo ago

Alhamdulillah dah selamat bersalin awal. Pegi PAC bukaan dah 5cm. Tak sia2 sakit berapa jam kat rumah sebelum pegi PAC 🤭 kepada sesiapa yang tunggu hari nak bersalin, semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti. Semoga baby & mak sihat selalu 🤲🏼🥰 Marhaban ya Ramadan 🌙